,
Gimme The Mic

'TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia' Lebih Meriah, Cungkil Bakat Tempatan Ke Pentas Antarabangsa

Gempak
11/07/2024
10:59 MYT
Buat julung kalinya, Astro berkolaborasi dengan satu platform media sosial terkenal di dunia, TikTok dalam menerokai bakat muzik baharu dalam edisi terbaharu ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’.
Seringkali dilakukan secara maya menerusi TikTok LIVE iaitu perkhidmatan penstriman secara langsung di platform TikTok, Gimme The Mic akan bersiaran di saluran Astro Ria buat julung kalinya.
Kolaborasi ini memberi peluang kepada penyanyi baharu serta pencipta kandungan muzik di media sosial untuk lebih berkembang dalam bidang nyanyian, mempamerkan bakat serta berkongsi karya muzik mereka dengan khalayak ramai, sekaligus memberi mereka platform untuk memulakan kerjaya nyanyian mereka di Malaysia, dan juga bakal membuka ruang buat anak-anak tempatan untuk melangkah ke peringkat antarabangsa.

Angkat Bakat Tempatan

Menurut Pengarah Kandungan, Astro, Agnes Rozario, Astro juga berazam untuk mengangkat bakat tempatan ke peringkat antarabangsa apabila pemenang bakal beraksi di pentas global.
“Sebagai sebuah syarikat media terkemuka, Astro sentiasa terbuka untuk berkolaborasi dengan mana-mana pihak, dan kami amat teruja untuk berkolaborasi bersama TikTok kerana kami yakin inisiatif ini akan menjadi platform terbesar dalam usaha pencarian bakat dalam kalangan anak-anak tempatan dan sekaligus menjadi penyumbang utama dalam usaha memeriahkan industri hiburan tanah air.

“Seiring dengan misi kami untuk mengangkat bakat-bakat tempatan melangkah ke peringkat antarabangsa, barisan pemenang ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ juga bakal mewakili Malaysia ke peringkat Global,” ujarnya.

Manakala, Pengurus Serantau TikTok LIVE, Melissa Yuen, pula berkata, Gimme The Mic Malaysia adalah sebuah platform terbaik buat penggiat seni muzik tanah air.
“Kerjasama antara kami dan Astro telah membolehkan kami untuk memaparkan bakat tempatan yang sangat membanggakan. 'Gimme The Mic Malaysia’ adalah satu platform yang signifikan bagi penggiat seni nyanyian dan muzik yang sedang meningkat naik untuk mempamerkan bakat dan minat mereka.

“Oleh itu, kami akan terus komited untuk menyokong komuniti pemuzik dan kami teruja untuk menyaksikan persembahan mereka secara langsung di kaca TV, dan seterusnya dapat bersama-sama menyokong perkembangan mereka untuk menjadi bintang yang diimpikan,” katanya.

Daripada uji bakatnya yang dilakukan pada Mei lalu, seramai 30 peserta dipilih untuk bertanding dalam ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’.
Kesemua 30 peserta ini perlu mempamerkan kehebatan vokal masing-masing dan bersaing untuk meraih kedudukan teratas. Juara serta enam peserta teratas yang dipilih di pentas akhir bakal mewakili negara bertanding di peringkat antarabangsa.
‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ dibarisi panel juri yang pernah menggegarkan industri muzik tanah air serta antarabangsa.
Bangku juri bakal dihiasi oleh penyanyi dan komposer yang berbakat seperti Ajai, Yuna, Bunga Citra Lestari, Ajai dan Hael Husaini,
Program ini turut memperkenalkan gandingan Sherry Alhadad dan Sean Lee sebagai hos, serta Ceddy Ang dan Daniel Cheang sebagai hos Live+.
‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama lapan (8) minggu bermula 21 Julai 2024, pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.
Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun TikTok, Instagram, Facebook, X dan Astro Gempak dengan menggunakan tanda pagar #GimmeTheMicMY.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut. ‘Gimme The Mic Malaysia’ bakal bersiaran pada 21 Julai 2024, bermula jam 9 malam, secara langsung di Astro Ria (saluran 104).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Netizen Tampil ‘Back Up’ Abang Bas, Anggap Konten Dengan Pelajar Perempuan Hanya Gurauan - “Niat Dia Baik, Yang Fitnah Nanti Merangkaklah Cari…”

gempak
07/09/2024
12:25 MYT
Susulan kes viral ‘Abang Bas’, terdapat segelintir netizen yang meluahkan rasa simpati terhadap lelaki tersebut dan menganggap isu itu telah menutup periuk nasinya.
Hiburan

Astro Raih 9 Anugerah, Teguhkan Pengaruh Serantau di Anugerah ContentAsia 2024

gempak
06/09/2024
08:25 MYT
Syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, Astro menunjukkan kecemerlangannya dalam industri dengan memperoleh sembilan anugerah berprestij di Anugerah ContentAsia 2024.
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Sherry Alhadad Struggle, Tak Rasa Kaki Belajar Sukan Lawan Pedang

gempak
05/09/2024
12:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.
Terkini

Hantaran Di IG Astro Malaysia Digodam & Tiba-Tiba Jadi Kabur... Apa Dah Jadi Ni?

gempak
05/09/2024
10:18 MYT
Sempena minggu akhir drama Dari Mata Turun ke Hati, Astro Malaysia telah memuatnaik 9 video memaparkan sedutan drama tersebut di Instagram.
Hiburan

“Saya Buat Live TikTok Hari-Hari, Ramai Yang Maki Hamun” - Noraniza Idris

gempak
05/09/2024
07:55 MYT
Penyanyi Noraniza Idris mendedahkan jualan tiket konsert Qalam Noraniza Idris terjejas gara-gara kontroversi penarikan diri bekas pengarah persembahan dan penulis skrip konsert tersebut.