gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
‘Ija’ Buat Laporan Hilang Rupa-Rupanya Rancang Sandiwara Sendiri Larikan Diri Ke Negara Jiran
HIBURAN
Diana Danielle Sebak, Akui Perit Rasa Kehilangan ‘Bestfriend’ Dalam Perkahwinan - “Itu Titik Terendah Dalam Hidup Saya”
BERITA
Jaga-Jaga Jerebu Kembali, IPU Tak Sihat Dicatat
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

“Till We Meet Again Bang” - Pengiran Muda Abdul Mateen Dedah Penyakit Punca Kemangkatan Kekandanya

Azwa Rahman
Azwa Rahman
28/10/2020
02:18 MYT
Sponsor Banner
“Till We Meet Again Bang” - Pengiran Muda Abdul Mateen Dedah Penyakit Punca Kemangkatan Kekandanya
Anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda Abdul Mateen mendedahkan punca sebenar kemangkatan kekandanya, Almarhum Pengiran Muda Haji Abdul Azim yang telah dijemput Ilahi pada 24 Oktober lalu.
Menerusi laman sosial Instagram, Pengiran Muda Mateen berkongsi luahan dan rasa rindu pada kekandanya untuk tatapan umum.
“Awal tahun ini, kekanda saya disahkan mengidap systemic vasculitis yang merupakan penyakit autoimun. Penyakit autoimun adalah keadaan sistem imun yang tidak normal di mana antibodi menyerang tisu badannya sendiri.
“Pada masa yang sama, beliau juga menghadapi gangguan bipolar yang membuatkan semangat juangnya semakin sukar.
View this post on Instagram
?
A post shared by Mateen (@tmski) on Oct 27, 2020 at 6:58am PDT
“Akhirnya, beliau mengalami banyak kegagalan organ yang disebabkan oleh jangkitan berterusan, berpunca daripada sistem autoimun yang membawa kepada kemangkatannya pada pagi 24 Oktober.
“Kami ingin berkongsi maklumat mengenai penyakit ini kerana saya tahu inilah yang diinginkan oleh kekanda saya,” tulis Pengiran Muda Abdul Mateen.
Tambah meruntun hati apabila Pengiran Muda Abdul Mateen turut terkenang memori kanak-kanaknya dan membesar bersama kekanda tercinta.
“Hari tidak akan sunyi bila Kekanda Azim ada bersama. Dia selalu prank, buat lawak dan tidak terlalu serius menjalani kehidupan.
“Gelak tawanya sering buatkan orang lain berasa lucu tidak kira perkara itu kelakar atau tidak, semua orang akan ketawa bersama.
“Saya sering habiskan zaman kanak-kanak bersamanya. Almarhum banyak mengajar dan jadikan saya seperti hari ini. Oleh kerana itu, saya sangat bersyukur,” luah Pengiran Muda Abdul Mateen lagi.
Di samping itu, Pengiran Muda turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua atas ucapan takziah dan doa yang diterima.
“Kami tahu Allah SWT lebih sayangkan beliau. Kami okay, kami cuma merinduinya. Sehingga kita berjumpa lagi bang (till we meet again, bang)” jelasnya.
Pada 24 Oktober lalu, putera berusia 38 tahun itu mangkat pada jam 10.08 pagi (waktu tempatan) dan dimakamkan di Kubah Makam Diraja selepas waktu Asar.
Kredit: Instagram @tmski
Topic Berkaitan
#Pengiran Muda Abdul Mateen
#Pengiran Muda Abdul Azim
#Putera Brunei
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement