Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan pemantauan rapat sedang dilakukan berhubung perkembangan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang terbabit dalam kemalangan bas di Nilai Square, Bandar Baru Nilai, awal pagi semalam.

Menurut Dr. Zulkifli, bas tersebut dalam perjalanan membawa 17 pelajar dari kolej kediaman USIM menuju ke kampus untuk mengikuti sesi pengkuliahan.

“Saya dimaklumkan, pelajar yang mengalami kecederaan telah di hantar ke Hospital Tunku Jaafar (HTJ) dan Pusat Kesihatan Universiti untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Saya telah minta Bahagian Hal Ehwal Pelajar beri laporan perkembangan keadaan para pelajar. Insya-Allah, saya akan pastikan urusan kebajikan mereka semuanya terjaga.

“Pihak USIM melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar akan terus memantau keadaan semasa pelajar yang terlibat dalam kemalangan tersebut dan urusan kebajikan pelajar yang terlibat sentiasa menjadi keutamaan university,” katanya.

Dr. Zulkifli memaklumkan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri yang sama kelihatan dia telah melawat kawasan di mana kemalangan bas berkenaan.

Pelbagai andaian dan spekulasi mengenai punca kemalangan berkenaan sejak semalam.

Namun Dr. Zulkifli memastikan tindakan lalnjut akan diambil.

“Tindakan lanjut akan diambil selepas mendapat laporan penuh dari pihak berkuasa,” beritahunya.

Semalam tular video menunjukkan bagaimana bas berkenaan dilihat seperti memandu dalam keadaan laju sebelum membuat selekoh di sebuah lampu isyarat dan akhirnya terbabas.

Dalam kejadian itu, empat pelajar perempuan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) cedera selepas bas persiaran yang dinaiki terbabas dan melanggar sebatang pokok.

A post shared by Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (@drzulkifli.albakri)