"Tindakan Saya Mengikut Emosi & Bukan Rasional" - Isu Bayaran Berlakon Seciput, Tony Eusoff Mohon Maaf

Amri Hassan
November 28, 2019 02:18 MYT
Pelakon Tony Eusoff tampil membuat permohonan maaf terbuka menerusi akaun Twitternya berhubung luahan perasaan mengenai bayaran yang ditawarkan kepadanya dari sebuah produksi drama baru-baru ini.
BACA: "Lebih Baik Menjaja Je" - Tony Eusoff Kecewa Dapat Tawaran RM500 Berlakon Drama?
Tony yang pernah memuat naik paparan skrin perbualan bersama wakil produksi drama terkilan apabila ditawarkan bayaran yang dalam jumlah yang tidak masuk akal.
"Kepada rakan-rakan industri produksi seni yang saya hormati, baru-baru ini saya telah melontarkan luahan hati kecil saya terhadap cabaran kerjaya yang dihadapi.
"Malangnya luahan saya itu dibuat dengan amatlah tergesa tanpa memikir masak-masak sebelum bertindak.
"Saya mengaku tindakan saya itu mengikut emosi semata-mata dan bukan 100% rasional. Cara saya agak salah, dimana saya meluahkan ketidakpuasan hati saya dengan cara yang tak memberi faedah atau tak menyumbang kepada komuniti.
"Saya ingin minta maaf seikhlas-ikhlasnya sekiranya saya telah menyinggung mana-mana pihak dengan kata-kata saya.
"Kekesalan ini saya akan hadapi untuk jangka masa yang agak lama sebab saya tak boleh memandang ringan apa yang dah berlaku. Sekian, daripada seorang insan yang sungguh tak sempurna," tulisnya panjang lebar.
Tambah pelakon filem Sepi itu, dia sama sekali tidak berniat untuk memburukkan mana-mana pihak terutama syarikat produksi.
"Sekarang dah jadi bubur, saya tak mampu tarik balik apa yang dah dilontar menerusi platform Twitter ini.
"Sesungguhnya saya langsung tak berniat nak memburukkan mana-mana pihak, cuma sekadar nak menimbulkan kesedaran terhadap cabaran industri seni yang semakin sengit (ataupun mungkin pada saya saja keadaannya macam ni)," ujarnya.

Kepada rakan2 industri produksi/seni yang saya hormati.. baru2 ini saya telah melontarkan luahan hati kecil saya terhadap cabaran kerjaya yang dihadapi. Malangnya luahan saya itu dibuat dengan amatlah tergesa tanpa memikir masak2 sebelum bertindak. Saya mengaku tindakan saya itu

— tony eusoff (@tonyeusoff) November 27, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tindakan Tony merendah diri dengan membuat permohonan maaf itu dipuji netizen dan rakan selebriti yang tetap mahukan pelakon itu terus beraksi di layar kaca.
#pelakon #Viral #Tony Eusoff #Pelakon #Viral