Fenomena permainan konsol paling popular Sony Playstation nampak gayanya masih belum reda.

Ini kerana konsol PlayStation 5 itu hanya boleh didapati di Malaysia pada 11 Disember 2020 selepas pra tempahan dibuka kepada orang ramai 12 November lalu.

Namun, apa yang membuatkan ramai tertanya adalah bagaimana Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendapatkkan konsol tersebut terlebih awal.

Perkara itu didedahkan TMJ menerusi beberapa posting di Instagram Story semalam.

Satu gambar menunjukkan kotak pembungkusan PS5 dan satu lagi gambar TMJ bersama kotak konsol tersebut.

Anda boleh lihat gambar di bawah.

Sementara itu, menerusi pemantauan Gempak di media sosial, rata-ratanya kagum apabila TMJ menjadi antara yang terawal memperoleh PS5.

Selain itu, ramai juga yang cemburu kerana terpaksa menunggu 11 Disember ini untuk menerima permainan berkenaan.

Apapun semua dinasihatkan supaya membeli konsol berkenaan menerusi pengedar rasmi dan bukannya pihak ketiga bagi mengelakkan penipuan harga.

Untuk rekod PlayStation 5 edisi digital dijual pada harga RM1869 dan versi dengan pemacu optik Ultra HD Blu-ray pula pada harga RM2299.

Turut diumumkan ialah harga aksesori rasmi pengawal DualSense (RM349), fon kepala Pulse 3D (RM469), HD Camera (RM279), Media Remote (RM149) dan Dual Sense Charger (RM149).