Pelakon Randy Pangalila berkongsi rasa gembira apabila kekasihnya yang berasal dari Kanada telah menerima lamarannya.

Menerusi entri di Instagram (IG), Randy berkongsi gambar bersama kekasihnya dengan menunjukkan cincin lamaran yang diberikan.

Today is the most beautiful day in my life, July 4th 2018, I Love You @cfrank3030 #shesaidyes," tulisnya.

Rata-rata mengucapkan tahniah pada Randy dan mereka mengakui tidak sabar untuk menantikan bila mereka untuk disatukan.

"@Adakli: Tahniah diucapkan pada kamu. Ini sebenarnya khabar gembira yang amat dinanti-nantikan."

"@estid: Wow, tahniah. Ternyata kamu berdua memang sepadan. Bila hendak melangsungkan majlisnya?"

"@windue: Semoga segalanya dipermudahkan. Walaupun patah hati namun saya tetap gembira dengan berita ini. Tahniah."

"@Kasanova: Akhirnya idola saya akan ke jinjang pelamin. Tahniah diucapkan walaupun ramai peminat yang akan patah hati.. heheh."

Menurut laporan media Indonesia sebelum ini, Randy dilaporkan akan mengakhir zaman bujanya pada hujung tahun ini namun sehingga kini masih tiada tarikh yang sebenar diumumkan.

Randy sebelum ini dilaporakan bercinta dengan pelakon Michella Putri sebelum mengambil keputusan berpisah setelah lima tahun menjalinkan hubungan cinta.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi