Hiburan

"Tok Ram Dan Orang Gajinya" - Comel Sangat Kapsyen Datin Alyah Bergambar Bersama Datuk Ramli MS

gempak
Badrul Hashim
09/12/2020
06:10 MYT
Sponsor Banner
"Tok Ram Dan Orang Gajinya" - Comel Sangat Kapsyen Datin Alyah Bergambar Bersama Datuk Ramli MS
Orang kata, bila kita sering bergurau senda, Insya-Allah rumah tangga akan bahagia. Apatah lagi apabila dua-dua sibuk dengan kerjaya tetapi cuba meluangkan masa antara satu sama lain.
Mungkin itulah yang dapat digambarkan daripada entri Datin Alyah di Instagram miliknya.
"Tokram dan orang gajinya. Tak tau pulak dorang nak ambik gambar macam ni Kalau tak dah pakai baju barbie doll haaa," seloroh Alyah.
Ketika dihubungi Gempak, Datin Alyah mengakui sangat jarang ada gambar mereka berdua yang diambil oleh fotografer profesional.
"Kalau ambil gambar dengan telefon sendiri tu ada lah, tapi bukan gambar dari fotografer profesional.
"Ini pun kali pertama disuruh duduk bersebelahan begitu. Terima kasih, walaupun tak sedondon," kata Alyah sambil ketawa.
Datin Alyah yang datang ke Gegar Vaganza untuk memberi sokongan kepada suaminya Datuk Ramli MS tidak menyangka fotografer yang ada di situ memintanya untuk bergambar bersama-sama.
TQ so much @syazwanizam @bangsawanpictures untuk gambar yang jarang-jarang ada ni. @syafieq_ayman @e.z2828, terima kasih siapkan baju tuan saya dan tolong siapkan dia tiap-tiap minggu," tulis Alyah mengucapkan terima kasih kepada fotografer dan juga pereka fesyen.
Sebelum ini juga Datin Alyah tidak menolak kemungkinan untuk dia dan suami, Datuk Ramli MS merancang untuk mempunyai zuriat sendiri dalam masa terdekat.
Baca: Alyah Nak Ada Zuria Sendiri Tapi Ini Syarat-Syaratnya...
"Perancangan itu masih ada, cuma belum ada masa-masa yang tertentu yang kami boleh tetapkan bila kerana untuk melakukan proses rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) ni Alyah perlu berehat lama.
"Buat masa sekarang, tumpuan lebih kepada perniagaan yang ada iaitu Alyah Fragrant yang sudah tahun berada di pasaran, dan terbaru adalah Dapo Cik Jah yang baru dilancarkan dengan produk pertama, kerepek tempe lima bulan lalu," kata Alyah kepada Gempak.
Biarpun begitu, perancangan untuk mempunyai cahaya mata sendiri tetap ada dalam jadual hidupnya, cuba tidak ada masa tertentu yang diletakkan buat masa sekarang.
"Insya-Allah, tiba masanya nanti dengan rezeki yang dikurniakan-Nya, Alyah akan kongsikan juga berita gembira bersama semua," kata Alyah mengakhiri bicara bersama Gempak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live