Hiburan
Tokti Buat Kejutan, Peminat Marah Mic Tak Berfungsi
Penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat kejutan muncul di Anugerah Juara Lagu (AJL34) sebentar tadi.
Datuk Siti atau lebih mesra disapa Tok Ti muncul dipertengahan persembahan Anta Permana yang dinyanyikan oleh Bob Yusof.
Kemunculan itu ternyata menghangatkan lagi penonton yang berada Axiata Arena.
Namun ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati apabila mikrofon Tok Ti tidak berfungsi sewaktu penyanyi nombor satu negara itu memulakan nyanyian.
Tidak hanya di laman sosial, penonton di Axiata Arena juga menunjukkan reaksi wajah kurang senang dan menggelengkan kepala.
Rata-ratanya berpendapat kesilapan seperti itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan AJL 34 merupakan pentas berprestij.
Terdahulu, Tok Ti tidak menolak kemungkinan untuk menyanyikan lagu Anta Permana yang bersiaran secara langsung hari ini.
Berikutan keputusannya untuk tidak lagi bertanding dalam program Muzik-Muzik, lagu tersebut dipersembahkan oleh Bob apabila layak bersaing pada peringkat separuh akhir November lalu.
Anta Permana adalah lagu ciptaan Hael Husaini bersama Ezra Kong.
Kali terakhir Tok Ti beraksi di pentas AJL adalah pada tahun 2008 (AJL22) menerusi lagu Destinasi Cinta.
Must-Watch Video