Skip to main content

Berita Tempatan

Tolak Tawaran Lakonan Pada Bulan Ramadan, Izreen Azminda Ingin Luangkan Masa Bersama Keluarga

izreen-(3).jpg

Pelakon Izreen Azminda mengakui tidak mengambil sebarang tawaran berlakon pada bulan Ramadan.

Menurut Izreen, perkara itu dilakukan kerana mahu meluangkan lebih masa bersama keluarga dan anak-anak.

"Alhamdulillah bulan Ramadan ini merupakan waktu untuk saya berehat dan bersama dengan keluarga.

"Jika saya berlakon, saya susah nak bersama-sama keluarga terutama pada waktu berbuka kerana masa banyak dihabiskan di lokasi penggambaran.

"Saya tiada masalah untuk menerima undangan memeriahkan rakaman program televisyen atau acara-acara hiburan pada bulan ini.

"Bagi saya program itu tidak memakan masa yang lama dan saya boleh memberi fokus pada keluarga," katanya kepada Astro Gempak.

Izreen berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelantikan duta produk Magika, di Ara Event Hall, Taman Melawati, baru-baru ini.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Foto: Instagram

Must-Watch Video

Advertisement