Bekas anggota kumpulan nasyid In Team, Suhaimi Saad tetap dengan pendiriannya menolak vaksin COVID-19 meskipun ia disarankan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Pun begitu, Suhaimi tidak mengecam mana-mana ulama yang pro vaksin dan tampil dengan hujahnya tersendiri.

“Aku tak kecam ulama atau mufti, tak juga berniat menghasut sesiapa. Apa pun hujah orang, itu tidak akan semudah mudahnya mengubah pendirian aku.

“Ini sebab aku pun ambil dalil dari Al Quran. Dalam Al Quran, Allah kata, kalau kau ikut cara hidup kebanyakan manusia atas muka bumi ni,nescaya kau akan disesatkan dari jalan Allah.

“Aku juga ada pegangan dari hadis sohih. Tinggalkan apa yang meragukanmu dan ambillah apa yang tidak meragukanmu,” katanya.

Suhaimi berkongsi pandangannya itu di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi entri tersebut, dia memuat naik paparan skrin mengenai hujah Dr Zulkifli mengenai vaksin.

Tambah Suhaimi lagi, tiada siapa yang boleh menghasut atau memaksanya untuk menerima vaksin.

“Jadi adil. Tak perlu hasut dan tak perlu paksa. Apa pun dalil dan hujah manusia, kalau kita ragu,
tinggalkan itu lebih baik. Lidah boleh menipu,tapi hati takkan pernah berbohong.

“Aku 99% setuju dengan Ahmad Albob. Islam adalah agama Allah. Allah tak perlukan manusia atau sesiapa pun untuk jaga agama Dia.

“Kalau semua orang dalam dunia ni sihat dengan dengan vaksin tu pun,itu tak akan menambah atau mengurangi apa apa pun di sisi Allah.

“Jaga agama lebih utama bagi aku berbanding vaksin. Dah berapa banyak vaksin yang mereka buat,
tak menyumbuhkan pun. Malah makin banyak pula penyakit baru,” jelasnya lagi.

Tambah Suhaimi, dia lebih rela mati dari mendakwa agamanya dihina oleh musuh Islam

“Aku rela mati berbanding membiarkan agama Allah dihina dan diperbodoh bodohkan oleh musuh Islam.

“Dan aku minta pada Allah agar Allah buka seluruh hati manusia khususnya para mufti dan ulama untuk melihat kebenaran dengan mata pandang Allah,” tegasnya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang memberikan pelbagai pandangan.

Selain menolak vaksin, Suhaimi dan keluarganya juga turut tidak mengambil sebarang ubat ubatan.

Suhaimi juga tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah dan dia serta isteri mendidik sendiri anak-anaknya di rumah secara home schooling.

Suhaimi berkahwin dengan Ina Naim pada Ogos 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata

View this post on Instagram

A post shared by Suhaimi Saad (@mosusofficial)