Bekas Juara Dunia dan hero badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sememangnya sangat kuat menyokong sekatan terhadap penyebaran virus Covid- 19 yang melanda negara kita dan seluruh dunia.

Setiap kali beliau memuat naik entri di Instagram miliknya, pasti ada sesuatu yang mahu diperkatakan kepada pengikut-pengikut di Instagramnya.

Terkini, Datuk Lee Chong Wei mahu mengingatkan kita semua tentang pengorbanan frontliners yang bertugas demi menjamin keselamatan kita.

"Wahai semua, saat ni korang tengah baca ni teks, saat ni jua sahabat doktor dan jururawat tengah bertaruh nyawa untuk selamatkan nyawa lain.

"Saat ni jua abang polis dan askar meninggalkan darah daging sendiri untuk memastikan kesejahteraan anda. Saat ni jua kita kena menghentikan penularan wabak ini," tulis Chong Wei.

Di samping pesanan tersebut, Datuk Lee Chong Wei turut menulis pantun yang begitu sinis tetapi penuh dengan pesanan supaya kita semua sama-sama menangani wabak ini daripada terus merebak.

"Wabak ini senang menular,
Duduklah rumah janganlah keluar,
Semakin Cepat wabak dihenti,
Bolehlah kembali mencari rezeki.

"Tolakkan politik, rasis perkauman ,
Air suam bagus tapi tak bunuh kuman,
Kalau sakit, jangan ‘tak apa’,
Wabak menanti sesiapa yang alpa.

"Ayuh semua rakyat jelata,
Ayuh selamatkan Negara tercinta," tulis Datuk Lee Chong Wei dengan penuh semangat satu Malaysia.

Wahai semua, Saat ni korang tgh baca ni teks, Saat ni jua sahabat doktor dan jururawat tgh beratuh nyawa utk selamatkan nyawa lain. Saat ni jua abang polis dan askar meninggalkan darah daging sendiri untuk memastikan kesejahteraan anda . Saat ni jua kita kena menghentikan penularan wabak ini . Wabak ini senang menular, Duduklah rumah janganlah keluar , Semakin Cepat wabak dihenti, Bolehlah kembali mencari rezeki . Tolakkan politik, rasis perkauman , Air suam bagus tapi Tak bunuh kumon, Kalo sakit, jangan ‘tak apa’, Wabak menanti sesiapa yang alpa ; Ayuh semua rakyat jelata, Ayuh selamatkan Negara tercinta. #movementcontrolorder #day6 #STAYHOME #STAYATHOME #STAYHOMESAFELIFES

A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial) on


Mungkin kita semua boleh mengikuti nasihat Datuk Lee Chong Wei dan memandang berat dengan virus Covid- 19 yang semakin menjadi-jadi di negara kita.