“Tolong Jadi Bapa Yang Baik”- Mia Ahmad Baby Moon Bersama Suami Di Bali

Syafiqah Jalal
Julai 10, 2018 09:40 MYT
Foto percutian pelakon Mia Ahmad dan suami, Mohd Izham Tarmizi Roslan bercuti di Bali, Indonesia baru-baru ini mencuri perhatian ramai.
Percutian ‘Baby Moon’ itu kelihatan sangat romantis meskipun Mia Ahmad berbadan dua.
Menerusi akaun Instagram (IG) peribadi Mia, memuat naik foto-foto mereka sepanjang bercuti di sana.
Sementara itu, Mia dalam satu entrinya di IG juga meminta suaminya yang juga penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT) untuk menjadi bapa yang baik buat anak mereka kelak.
Please be a good father to our baby ya! Thank you for the trip,” tulisnya.
Rata-rata pengikut IGnya memuji Mia yang masih bergaya meskipun sedang hamil.
Mia kembali hamil selepas pernah keguguran pada Disember tahun lalu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017.
Foto: IG Mia Ahmad
#pelakon #Mia Ahmad #Pelakon #Baby Moon #Penjaga Gol JDT