Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Tolong Jangan Ajar Orang Tambah Dosa"- Kerana Promosi Produk, Sharifah Sakinah Undang Komen Nakal Netizen

Zulaikha Yusof 08/01/2020 | 07:00 MYT
Pelakon Sharifah Sakinah dikecam selepas memuat naik video yang menunjukkan dirinya memakai 'push up pants'.
Rakaman video tersebut dimuat naik ke akaun Instagram miliknya.
Menerusi video tersebut, Sakinah yang memakai baju kebaya menunjukkan bahagian perut yang 'flat' kesan daripada produk tersebut.
Malah, Sakinah turut berkongsi bahagian pinggulnya yang kelihatan lebih seksi bentuknya.

Contoh pemakaian 3 in1 Push Up Pants. Bukan sahaja push up punggung, malah boleh boleh push in emak di perut bagi smooth pemakaian baju kebaya contohnya. Bagi yang berminat cepat2 Whatsapp 0107788525 . order 99 ringgit termasuk postage . Last day ladyboss bagi promo. Once ready stock next year normal price Rm129, tak sure bila boss boleh bagi potongan harga lagi. @noissue.my

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Video tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mempertikaikan tindakan aktres tersebut memuat naik video tersebut yang dianggap tidak sopan.
Malah, ada segelintir pengikut terutamanya kaum lelaki bertindak meninggalkan komen nakal.
"Tak malu ka kat semua orang tunjuk perut adoii."
"Tolong jangan ajar orang tambah dosa."
"Saya peminat awak tapi tak ada cara lain ke untuk menjual?"
"YaAllah. Semoga terus dibukakan hati dalam menjaga adab berpakaian. Sesungguhnya kita adalah beragama Islam. Ada adab berpakaian, adab aurat. Jagalah itu semua. Hidup hanya sementara sahaja di dunia ini. Ingatan untuk diri sendiri juga."
"Asal tak tunjuk je satu badan? Taubat la dunia dah akhir zaman," antara komen-komen yang ditulis.
Walaubagaimanapun, ada segelintir netizen yang kagum dengan cara Sakinah menyakinkan pembeli untuk membeli produk itu.
Video itu sehingga kini mendapat hampir 340,000 tontonan dan lebih 400 interaksi netizen.
Sakinah dan suaminya, Aliff Adha, 29, juruterbang, mendirikan rumah tangga pada Mac 2015.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata Anais Adha.
#pelakon #Sharifah Sakinah #Pelakon
;