Laman Utama
“Tolong Jangan Bandingkan…” -Rozita Che Wan Dedah Sepatutnya Mula Jual Inai Sebelum…
Pelakon Rozita Che Wan tampil meminta supaya perniagaan inai jari yang baru diusahakan baru-baru ini tidak dibandingkan dengan mana-mana pengeluaran pihak lain.
Kata Rozita Che Wan atau Che Ta, inai jari jenama namanya sendiri itu sepatutnya dlancarkan sebelum Ramadan yang lalu namun oleh kerana sibuk dengan penggambaran ia ditangguh.
“Tolong jangan bandingkan ya. Kami (saya) sepatutnya launch inai kami sebelum puasa lagi tapi disebabkan jadual shooting kami yang sangat padat makanya lepas Raya kami launch.
“Memang semua photoshoot produk semua dah selesai. Tapi nak buat macam mana, kekangan masa kami. Terpaksa tunda,” katanya.
Che Ta berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi hantaran berkenaan, Che Ta turut memuat naik fotonya yang menjadi model kepada inai berkenaan.
“Konsep photoshoot kami untuk #InaiCheTa pulak berkonsepkan Traditional Melayu. Memang takkan sama dengan yang lain naaaa.
“Kami rasa inai sangatlah dekat dihati orang melayu kita dan selalunya orang kita akan melaram tak kira masa. Kalau dulu sinonim pakai inai bila malam berinai atau nak kawin tapi la ni setiap masa nak nampak letups dan kami jugak memang peminat inai,” terangnya.
Dalam pada itu, Che Ta turut menyedari kewujudan banyak produk dan jenama inai di Malaysia.
“Lagi satu dekat Malaysia ni ramai tokey tokey inai yang juai inai lagi awai dari kami, kami ni ikan bilis jaaaaa. Jadi jangan la hampa nak comparekan kami dengan yang lain ya, che ta punyai inai memang nampak letups tapi harga kita kita,” jelasnya.
Selain Che Ta, selebritj popular Neelofa juga baru sahaja melancarkan jenama inainya sendiri.
Must-Watch Video