Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Tolong Jangan Pisahkan Saya Dengan Anak-Anak" - Bekas Suami Balkisyh Semundur Khan

Rozaimi Zubaidi
19/07/2018 03:42 MYT
Bekas suami kepada pelakon, Balkisyh Semundur Khan iaitu Mohamad Aizad Rosli mendakwa telah hampir setahun tidak dapat bersama dengan dua anak.

Menurut Aizad dia tidak mengetahui punca sebenar dirinya tidak dibenarkan berjumpa dua anaknya, Nur Qalesya, 9, dan Muhamad Nor Qaisyh Khan, 4, sedangkan Mahkamah Syariah sudah memberi kebenaran kepadanya berbuat demikian.

"Tolong jangan pisahkan saya dengan anak-anak.

"Saya tak faham kenapa Balkisyh tidak benarkan saya tengok anak-anak sedangkan mahkamah sudah benarkan.

"Saya rindukan momen bermain dengan mereka, pergi menonton filem dan makan aiskrim bersama.

"Jika tak mahu saya bawa pulang ke rumah, dapat berjumpa sekejap dan peluk mereka pun saya bersyukur.

"Bayangkan, sampaikan saya perlu 'curi-curi' tengok anak-anak saya ketika Balkisyh tidak bersama mereka. Ada masanya juga, saya hanya mampu tengok mereka dari jauh," katanya.

Sejak beberapa hari lalu, rakaman video dimuat naik Aizad yang antara lain memaparkan adegan dirinya bertengkar dengan Balkisyh di lokasi awam, menjadi viral.

Melalui rakaman itu, Aizad yang dilihat memegang dokumen dipercayai surat perintah mahkamah, meminta Balkisyh membenarkan dia mengambil dua anak mereka.

Permintaan Aizad bagaimanapun ditolak Balkisyh hingga selepas beberapa minit bertengkar, pelakon Mak Cun itu dilihat menendang Aizad.

Balkisyh mendirikan rumah tangga dengan bekas suami pada tahun 2006 dan bercerai pada September tahun lalu.

Sumber: BH Online
#pelakon #Pelakon #Balkisyh Semundur Khan
;