"Tolong Jangan Sia-Siakan Anak Dara Saya" - Ini Luahan Menyentuh Hati Jasmin Hamid Pada Bakal Suami Anaknya

Rozaimi Zubaidi
Disember 20, 2018 07:15 MYT
Pelakon Jasmin Hamid mendoakan agar anaknya, Hanna ditemukan dengan seorang lelaki yang mampu untuk menjaga dan membimbingnya selepas berkahwin kelak.
Menerusi entri di Instagram (IG), Jasmin menjelaskan dia harus melepaskan anaknya untuk menikmati hidup bekeluarga suatu hari nanti.
"Ciuman seorang ibu, dapat gugurkan dosa kecil anak-anaknya. Ciuman anak-anak buat ibunya, buatkan ibu itu bahagia.
"Anak dara saya makin membesar dan pasti satu hari nanti, saya harus melepaskannya untuk dia nikmati hidup berkeluarga.
"Mohon Allah ketemukan seorang suami yang soleh buat anak dara saya. Pada uols yang ada anak dara, pasti akan lebih memahami naluri seorang ibu.
"Yang pasti, Ibu akan tetap menjaga cicik sebab ini adalah amanah ALLAH yang di tinggalkan oleh arwah mama dan arwah baba pada Ibu sehingga cicik bertemu jodoh dengan suami yang soleh. Tolong jangan sia-siakan anak dara saya sebab beliau adalah amana Allah," tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata mengakui tersentuh dengan luahan yang dilakukan oleh Jasmin dan mendoakan anakya bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang soleh.
#pelakon #Pelakon #Jasmin Hamid