Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tom Dedah Sarah Yasmine Hubungi Fuad Rahman Sejak Tahun 2022, Ini Cerita Sebenar...

Asyikin Mayudin
25/04/2024 08:25 MYT
Penyanyi Fuad Rahman tampil menjelaskan mengenai pendedahan isterinya yang juga penyanyi Tom mengenai wanita yang didakwa kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine menghantar mesej di Instagram miliknya.

Tak Kenal Sarah Yasmine

Menurut Fuad, dia tidak mengenali wanita itu dan memberitahu dia enggan mencampuri urusan peribadi Aliff biarpun pernah membantu penyanyi itu dari segi persembahan.

“Isteri dah up pasal Sarah, saya just nak cakap

Saya pertahankan Aliff pasal dia punya show. Fasal dia punya kehidupan rumah tangga dan perceraian, saya tak ada kena mengena dan tak campur. Itu masalah peribadi dia.

“Awak mesej saya dari tahun 2022 hingga Isnin lalu, jadi saya tak angkat sebab tak kenal awak.

Kalau cakap dekat expo ke apa, itu mungkin peminat sebab waktu itu ramai peminat.

“Saya harap awak faham, fasal perkara itu, pandai-pandai la selesaikan dengan Aliff. Jangan masuk campur hal peribadi awak dengan saya punya hal peribadi,” katanya menerusi video yang dikongsikan di Instagram.

Pada perkongsian yang sama, Fuad juga memberitahu dia kini lebih bahagia bersama isteri dan anak-anaknya.

“Saya gembira dengan isteri dan anak-anak. Saya nak besarkan anak-anak dengan cara baik. Dengan cara mengikut agama dan tak langgar undang-undang,” ujarnya.

Terdahulu, Tom mendedahkan Sarah pernah menghubungi Fuad menerusi Instagram sejak 2022 sehingga Isnin lalu.

BERITA TRENDING: Aliff Aziz Kantoi Tiada Lesen Memandu, Ruhainies Arah Jangan Pulangkan Kereta Bella

BERITA TRENDING: Caprice Didakwa Terlibat Dalam Rancangan Buat Fake Account Sebar Aib Bella Astillah - “Ya Allah, Nak Tutup Macam Mana Lagi Cap?”
#Aliff Aziz #Bella Astillah #Ruhainies #Tom #Fuad Rahman #Sarah Yasmine
;