Hiburan
Tom & Fuad Rahman Sambut Cahaya Mata Perempuan Pertama - “Alhamdulillah, Love Anggun”
Penyanyi Tom selamat melahirkan cahaya mata perempuan pertama pada pagi Ahad di sebuah hospital kerajaan.
Berita gembira itu dikongsikan oleh suaminya yang juga penyanyi Fuad Rahman yang turut mendedahkan wajah dan nama bayi perempuan mereka iaitu Anggun.
“Alhamdulillah, selamat semuanya… love Anggun,” kata Fuad.
BERITA TRENDING: Netizen Provoke Isu Tatu, Tom Mengamuk Minta Buka Minda - "Islam Tak Islam Bukan Urusan Awak, Allah Terima…
Terdahulu, Ton mengakui dia dapat berjimat apabila memilih hospital kerajaan untuk melahirkan anaknya memandangkan kos rawatan di situ lebih murah berbanding hospital swasta.“Pada saya mana-mana hospital sama sahaja. Dekat hospital kerajaan pun saya boleh minta epidural. Malah saya sudah biasa beranak di hospital kerajaan, anak-anak saya yang sebelum ini semua hospital kerajaan.
“Saya sayang duit, beza swasta dan kerajaan bukan beza sedikit tapi banyak. Saya pernah periksa kalau bersalin normal di swasta harganya RM6,000 hingga RM7,000.
“Saya dulu duduk lima hari bersalin dekat hospital kerajaan siap dapat epidural bayar RM24 sahaja. Rasa sakit sama sahaja.
“Layanan hospital kerajaan pun bagus. Saya bukan nak kedekut, tetapi saya rasa duit itu boleh guna untuk keperluan lain seperti barang-barang bayi. Duit nak cari bukan senang.
Untuk info, Tom selamat bergelar isteri kepada Fuad pada 26 Februari 2023 di Batam, Indonesia.
Pasangan itu kemudian berkongsi berita gembira apabila mengumumkan Tom hamil anak pertama mereka pada Jun 2023.
Imbas kembali, Tom pernah berkahwin sebanyak dua kali dan dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan terdahulu.
Sementara itu, Fuad juga pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali.
BERITA TRENDING: Suami Diganggu Peminat Perempuan & Transgender, Tom Balas - “Lebih-Lebih Nanti Saya…”
Must-Watch Video