Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Tom Holand Sah Kembali Jadi Spider-Man: “Saya Tidak Sabar”

Maliah Surip
24/10/2024 03:45 MYT
Tom Holand akhirnya mengesahkan akan kembali bermain dalam saga ke empat Marvel yang cukup ikonik dengan dirinya, Spider-Man.

BERITA TRENDING: Bintang Spider-Man, Tom Holland Nak Kahwin Aktres Zendaya

Pengesahan itu dibuat selepas Holand sebelum ini memberitahu telah membawa skrip francais terkini bersama kekasihnya, Zendaya.

Holand, 28, juga memberitahu akan memulakan penggambaran filem tersebut pada musim panas akan datang.

“Ia akan terjadi. Kami akan memulakan penggambaran pada musim panas nanti.

“Semuanya sudah bersedia dan sangat mengujakan. Saya tidak sabar,” ujar Holand seperti dilaporkan DailyMail.uk.

Bintang yang telah memainkan watak Spider-Man sejak lebih sedekad lalu itu mendedahkan butiran mengenai francais keempat tesebut sewaktu menjadi tetamu di The Tonight Show with Jimmy Fallon.

Holand bagaimanapun tidak dapat mendedahkan sama ada Zendaya, 28, juga akan kembali berganding dalam filem sama.

Aktor dan aktres tersebut bertemu di set penggambaran Spider-Man: Homecoming sebelum ini.

Selain Holand, Tobey Maguire dan Andrew Garfield juga terkenal sebagai pemain watak Spider-Man.

BERITA TRENDING: Tom Holland Guna Perkataan Rizz, ‘Penyumbang’ Jadi Kosa Kata Popular 2023

BERITA TRENDING: Tom Holland Kongsi Pengalaman Berhenti Minum Alkohol: “Keputusan Terbaik Dalam Hidup”

BERITA TRENDING: Berdepan Masalah Kesihatan Mental, Tom Holland Tutup Akaun Instagram - “Saya Rimas Baca Berita Mengenai Saya”

#Viral #Hollywood #Spiderman #Tom Holland #Zendaya
;