Laman Utama

Berdepan Masalah Kesihatan Mental, Tom Holland Tutup Akaun Instagram - “Saya Rimas Baca Berita Mengenai Saya”

gempak
Azwa Rahman
16/08/2022
09:40 MYT
Sponsor Banner
Berdepan Masalah Kesihatan Mental, Tom Holland Tutup Akaun Instagram - “Saya Rimas Baca Berita Mengenai Saya”
Aktor kacak Hollywood, Tom Holland membuat keputusan menutup akaun Instagram sebagai satu langkah untuk mengawal masalah kesihatan mental yang dihidapinya.
Memetik laporan The Sun Daily, Holland meluahkan rasa rimas setiap kali membaca sebarang kisah mengenainya di laman sosial.
“Saya merasakan Instagram dan Twitter terlalu merangsang sehingga membuatkan saya rasa sesak. Saya rasa terperangkap dan rimas bila membaca berita-berita mengenai diri saya di laman sosial.
“Perkara ini akhirnya memudaratkan tahap kesihatan mental saya dan saya mengambil keputusan untuk mengundur diri dan memadam aplikasi tersebut dari telefon pintar saya.
Dalam pada itu, Holland turut mengesahkan dia mendapatkan bantuan dan sokongan daripada sebuah badan bukan berasaskan keuntungan, stem4.
“Ada stigma yang teruk terhadap masalah kesihatan mental dan saya tahu dengan meminta pertolongan dan sokongan bukanlah satu perkara yang memalukan. Tapi semestinya perkara itu senang untuk diucapkan berbanding bila kita kena bertindak.
Sejak membuat pengumuman tersebut, Holland menerima pelbagai sokongan daripada peminatnya secara dalam talian.
Malah, ramai peminat melahirkan kata-kata pujian kerana Holland berterus-terang mengenai perkara tersebut.
Bukan sahaja peminat, isu tersebut turut mendapat sokongan rakan selebriti yang turut meninggalkan komen simpati.
“Love you man,” tulis Justin Bieber.
Sekadar info, ini bukan kali pertama Holland menghadapi kesukaran dengan media sosial.
Terdahulu ketika penggambaran filem Cherry, bintang Marvel itu pernah menyatakan hasrat untuk berehat daripada media sosial.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live