Filem-filem pecah panggung terbitan Astro Shaw, Tombiruo, Hantu Kak Limah dan Paskal merupakan antara calon untuk Anugerah Festival Filem Malaysia (FFM) ke-30.

Untuk tahun ini sebanyak 24 kategori dipertandingkan manakala tiga lagi merupakan anugerah khas (tidak dipertandingkan).



Berikut merupakan kategori yang dipertandingkan:

Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Penyunting Terbaik, Sinematografi Terbaik.

Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik.

Pengarah Harapan, Pelakon Lelaki Harapan, Pelakon Wanita Harapan, Skor Muzik Asal Terbaik, Lagu Tema Terbaik, Penataan Muzik Terbaik.

Rekaan Kostum/Busana Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Kesan Khas Terbaik, Poster Terbaik.

Anugerah Khas Juri 1, Anugerah Khas Juri 2 dan Anugerah Khas Juri 3.

Anugerah yang tidak dipertandingkan:

Anugerah Penggiat Belakang Tabir, Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman dan Anugerah Filem Box Office.

Senarai Filem Bertanding:

Kau Takdirku, Pulang, Tujuh Sumpahan Suri, Two Sisters, Polis Evo 2, Kutram Seiyal, KL Special Force, Munafik 2, Gol & Gincu, Mrs K, KL Wangan, Tangisan Akinabalu.

The Spiral, A House of Hapiness, Haunted Hotel, Perangsang Rentap, Paskal, Rise (Ini Kalilah), Bukan Cinta Malaikat, Aasan, The Kid From The Big Apple 2: Before We Forget.

Makrifat Cinta, Pinjamkan Hatiku, Thirudathey Papa Thirudathey, Lee Ching Wei (Rise of The Legend), The Farm- En Veettu Thottahil, Sughamaai Subbulakshmi.

Langsuir, Dukun, Hantu Kak Limah, Busker Tombiruo, Think Big Big, Get Hard Tongkat Ali, Papa Come Home, Neeyum Naanum, Guang, One Two Jaga, Vedigundu Passwngge, Operasi X, Felina dan Surf This Love.

Mengangkat tema ‘Inspirasi Sinemaku’, FFM 30 akan bersiaran secara langsung pada 30 Mac 2019 (Sabtu) di Dewan Plenary, Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).