HIBURAN

Tomok Kembali Jadi Pelajar, Kini Sambung Pengajian Master - “Biasanya Ayah, Ibu Hantar Anak-Anak, Ini Terbalik Pula”

Mya Amri 16/04/2025 | 01:50 MYT
Penyanyi, Tomok kini sudah mendaftar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim untuk menyambung pengajiannya di peringkat ijazah sarjana atau master.

Sambung master

Menerusi video pendek yang dimuat naik di Instagram, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail merakamkan dirinya sedang melakukan proses pendaftaran termasuk menerima kad siswa, menghadiri orientasi dan melawat ke beberapa bangunan pengajian.

#Tomok #Belajar #Master #Sambung Belajar