Penyanyi dan pelakon, Tomok berkongsi berita gembira dengan memuat naik foto anak ketiganya di laman sosial Instagram (IG).

Menerusi hantaran tersebut Tomok mengucapkan rasa syukur dengan kelahiran puteri sulungnya itu.

“Assalamualaikum semua..Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan seorang baby girl hari ni. Terima kasih Allah.

“Terima kasih semua atas ucapan dan doa buat isteri dan anak saya,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut juga telah menarik perhatian pengikut Tomok di IG termasuk rakan-rakan artis yang turut mengucapkan tahniah di atas kehadiran anggota keluarga terbaru itu.

Muat naik itu juga menerima lebih 3,000 komen dan lebih 112,000 tanda suka daripada warganet yang turut gembira dengan berita tersebut.

Tomok dan Rahayu Abas atau lebih mesra dengan panggilan Ayu berkahwin pada 2 Julai 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arrianshah Akid, 8 tahun dan Andrashah Iman, 3 tahun.