Hiburan

Tonton Siri Komedi Vice Principals Di HBO

Ahmad Shah
13/07/2016
10:29 MYT

Sebuah siri komedi terbaru, Vice Principals oleh bakal menemui penonton di HBO bermula 18 Julai ini.

Vice Principals mengisahkan dua individu iaitu Neal Gamby (McBride) dan Lee Russell (Goggins) yang bercita-cita untuk memegang jawatan pengetua Sekolah Menengah North Jakcson.

Walau bagaimanapun hajat mereka berdua tidak kesampaian apabila jawatan tersebut diambil alih oleh Dr. Belinda Brown. Kemunculan pengetua memberi tamparan hebat buat Neal dan Lee yang kecewa dengan keputusan pihak atasan yang membawa masuk orang luar mengisi jawatan tersebut.

Lebih parah apabila Dr. Belinda Brown menanggap kedua-dua mereka tidak mempunyai kredibiliti memegang jawatan seorang pengetua sekolah. Akibat daripada itu, Neal dan Russell merancang pelbagai cara untuk menyingkirkan wanita tersebut segera dari sekolah tersebut.

Selain McBride dan Goggins, Vice Principals turut dibintangi oleh Kimberly Hebert Gregory, Georgia King, Busy Phillips, Shea Whigham, Sheuan McKinney dan Dayshawn.

Menarik, Vice Principals turut menampilkan aktor hebat Bill Murray yang turut memegang watak bekas pengetua Sekolah Menengah North Jackson.

Siri komedi sembilan episod cetusan idea Danny Mcbride dan Jody Hill iini bakal bersiaran bermula jam 10.30 pagi Isnin, secara eksklusif di HBO (411) dan HBO HD (431). Ianya turut boleh ditonton menerusi aplikasi Astro On The Go.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Ikut Trend Meme Terkini, Netizen Puji Admin RapidKL

gempak
22/03/2024
12:25 MYT
Konten-konten menarik serta lucu sering kali menarik perhatian ramai pengguna media sosial. Dengan kreativiti serta penggunaan bahan-bahan lucu yang dikongsi ke media sosial mengikut peredaran masa, bukan sahaja individu, tetapi syarikat-syarikat ternama mampu menaikkan ‘brand’ serta memberi kesedaran terhadap orang ramai. Tidak mahu terlepas ‘
Viral

“Sebenarnya Saya Pengsan Sebab…” – Namie Kongsi Kisah Sebenar Di Sebalik Insiden Pengsan Di Atas Pentas Ubi Superstar Live

gempak
02/02/2024
11:48 MYT
Ini yang berlaku pada Namie sebenarnya.
Laman Utama

Individu Kongsi Gambar Pisang Goreng Halus Buat Netizen Terhibur - “Lah Ingatkan Ikan Bilis”

gempak
29/11/2023
07:55 MYT
Pisang goreng apa besar jari kelingking
Laman Utama

Hina Agama: Wanita Dakwa Hafal 15 Juzuk Al-Quran Mengaku Bersalah, Didenda RM8,000

gempak
17/04/2023
09:25 MYT
Siti Nuramira mengaku bersalah.
Laman Utama

Lulus Tanpa Potongan LPF, Sumpahan Syaitan Tayang Mac Ini! - "Mungkin Sukar Faham Kalau Banyak Adegan Dipotong"

gempak
21/02/2023
04:56 MYT
Pengarah lega...