Tonton dan luangkan masa berhujung minggu di rumah sahaja dengan dengan filem-filem menarik tempatan eksklusif terus dari Astro First.

Lebih menarik, pelbagai genre berbeza serta turut menampilkan antara filem eksklusif yang tidak pernah ditayangkan di mana-mana platform sebelum ini turut ditayangkan di Astro First.

Berikut merupakan enam filem pilihan menarik di Astro First:

SUMPAHAN SYAITAN

Tarikh : 27 Mei 2023
Genre : Seram Komedi
Pengarah : Roy
Harga Langganan : RM15 untuk 48 jam

Sumpahan Syaitan membariskan pelakon terkenal tanah air
seperti Dato’ AC Mizal, Farid Kamil, Dato’ Jalalludin Hassan,
Syaiful Zero, Azlan Komeng, Nynaa Harizal, Saful Apek dan
Azlee Senario.

Filem terbitan D-Bay Film Factory & Redfiress Film Production
mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Sam yang telah diperdaya untuk membuat
pelaburan MLM. Kerana ingin cepat kaya, Sam terpaksa meminjam wang dengan seorang
peminjam wang yang ganas iaitu Branco.

Apabila Sam menyedari beliau telah di tipu dari
pelaburan MLM, Sam membawa keluarganya berjumpa rakannya Malik bagi melarikan diri
dari Branco. Malik telah mengarahkan Sam untuk bersembunyi di sebuah hotel lama
kepunyaannya. Malangnya, Sam dan warga kerja hotel tersebut dihantui pelbagai kejadian
aneh berlaku di hotel tersebut.

KOMBO DI MANA DIDI

Tarikh : 8 – 21 Jun 2023
Genre : Animasi Muzikal
Pengarah : Akmal Aziz Asmawi | Roshfaizal Ariffin
(Didi & Friends The Movie); Khairul Ammar, Jamal Mohd Arif
Kassim, Farhan Suhaimi (Konsert Hora Horey Wayang Didi &
Friends)
Harga Langganan :RM19.90 untuk 48 jam

Filem animasi terbaik 2023, Didi & Friends The Movie dan
Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends di himpunkan dalam
satu kombo dengan harga RM19.90 untuk 48 jam.

Didi & Friends The Movie mengajak penonton untuk mengikuti penggembaraan Didi dan
kawan-kawan untuk ke Pulau Legenda. Manakala Konsert Hora Horey Wayang Didi &
Friends mempersembahkan lagu-lagu menarik oleh Didi & Friends yang mampu mengajak
penonton untuk turut sing along.

PULAU

Tarikh : 1 Jun 2023
Genre : Seram Drama
Pengarah : Euho
Harga Langganan : RM15 untuk 48 jam

Filem seram drama terbitan WebTVAsia, PULAU ditayangkan di
Astro First dengan versi antarabangsa. Menampilkan barisan
pelakon Amelia Henderson, Alif Satar, Ikmal Amry, Joey Leong,
Sanjna Suri, Sabronzo, Nam Ron Wan Hanafi Su, Harris Annuar
dan ramai lagi.

Mengisahkan tentang percutian sekumpulan anak muda bertukar menjadi mimpi ngeri yang
tidak berkesudahan selepas pertaruhan yang kalah memaksa mereka bermalam di sebuah
pulau terpencil. Ketika mereka terjumpa sebuah perkampungan terbiar yang misterius di
sana, mereka secara tidak sengaja mematahkan mantera lama yang diletakkan untuk
menahan semangat antagonis yang terperangkap di pulau itu. Seorang demi seorang diburu
padah.

RETURNING HOME

Tarikh : 3 Jun 2023
Genre : Drama,Keluarga, Komedi
Pengarah : Don Hoe
Harga Langganan : RM15 untuk 48 jam

Astro First juga menampilkan filem Mandarin tempatan terbitan Full
Billion Entertainment. Barisan pelakon adalah Chen Puie Heng,
Ribbon Ooi, Chazynash, Feon Lai, Miau Lim, Stanley Hoe dan
Teoh Yumee.

Filem ini adalah dedikasi buat wira Pertahanan Awam (APM), St
John Ambulans (SJAM), Lions Clubs serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Sukarelawan
(PBS) yang telah berkorban demi menyelamatkan nyawa orang lain. Namun, di sebalik
pengorbanan mereka, ada insan tersayang yang sentiasa menantikan kepulangan wira-wira
ini penuh kesabaran. Selamatkah wira-wira ini kembali di pangkuan keluarga?

ESCAPE

Tarikh : 3 Jun 2023
Genre : Thriller Aksi
Pengarah : Ikhwansha Hazer
Harga Langganan : RM15 untuk 48 jam
Dibintangi oleh pelakon Kamal Adli, Elizabeth Tan, Amar Asyraf,
Zamarul Hisham,Riz Amin, Pablo Amirul, Dato’ Jalaluddin Hassan,
Jue Aziz dan merupakan terbitan DMY Creation dan Dreamland.

“…Kita Kena Korbankan Sesuatu Untuk Mendapatkan Sesuatu…”. Seorang lelaki yang
mempunyai penyakit amnesia telah dikurung di dalam sebuah bilik misteri kerana dituduh
sebagai seorang pengganas. Namun Adam tidak mengingati apa-apa yang berlaku kerana
penyakitnya. Adam membuat rancangan untuk membebaskan dirinya dan mencari dalang
di sebalik tragedi yang berlaku.

GUI


Tarikh : 8 Jun 2023
Genre : Seram Komedi
Pengarah : Asri Bin Tajudin (Baq’u)
Harga Langganan : RM15 untuk 48 jam

Filem di bawah inisiatif Dana Program TV/OTT, kata Perbadanan
Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), GUI menghimpunkan
pelakon terkenal seperti Azad Jasmin, Bell Ngasri, Elly Mazlein,
Dato Sri Vida, Aries Kwan, Fauziah Nawi, David Teo, Radin
penyampai radio ERA dan ramai lagi.

Mengisahkan tentang Jeff dan Zainal yang telah mendapat tawaran
untuk membuat perkhimatan penghantaran barang dengan nilai upah sebanyak RM20 ribu.
Dalam perjalanan, mereka menyedari barang yang dihantar adalah mayat. Namun demi
mendapatkan upah yang lumayan, mereka terus menjaga mayat tersebut bagi memastikan
ia selamat sampai ke tempat yang telah ditetapkan. Banyak insiden menyeramkan berlaku
sehingga membuatkan Jeff dan Zainal putus asa.

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu
Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, pihak mereka terus
komited dalam membawakan filem-filem menarik di platform Astro
First. Memahami cita rasa penonton yang berbeza, Astro First
menampilkan genre pelbagai seperti seram, komedi, drama, thriller
serta filem animasi.

“Kami percaya bahawa penonton di luar sana
masih memilih Astro First sebagai platform buat mereka untuk
menikmati filem lokal terbaru bersama keluarga tersayang secara
beramai-ramai di rumah dalam tempoh 48 jam dengan harga yang
berpatutan. Kami akan membawakan deretan filem menarik khusus untuk penonton Astro,” katanya.

Saksikan filem-filem tempatan terbaru di Astro First, saluran 480 atau boleh strim di On
Demand atau Astro Go. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2
hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun
Instagram Astro First.