Laman Utama

Toyota akan lancar Supra 2.0 liter di Eropah, harga lebih murah berbanding 3.0 liter!

gempak
Erywan
16/01/2020
01:30 MYT
Sponsor Banner
Toyota akan lancar Supra 2.0 liter di Eropah, harga lebih murah berbanding 3.0 liter!
Toyota akan meluaskan rangkaian supercar Supra di Eropah lewat tahun ini dengan memperkenalkan varian enjin 2.0 liter dengan pengecas turbo.
Buat masa ini, Toyota masih menawarkan model Supra 3.0 liter kepada pelanggan di negara-negara Eropah.
Toyota mengakui bahawa tawaran varian berkapasiti dan kuasa rendah akan menarik lebih ramai pelanggan disebabkan faktor harga kereta. Bagaimanapun, kurang kuasa bukan bermaksud Supra 2.0L kurang seronok dipandu. Enjin lebih kecil itu ada kelebihan tersendiri.
Toyota Supra 2.0L menggunakan enjin turbo empat silinder sebaris dan disambung pada kotak gear lapan kelajuan automatuk ZF. Rangkaian kuasa ini boleh menjana sehingga 254hp dan 400Nm tork.
Varian lebih kecil ini mampu pecut hingga 100 kilometer sejam (250km/j) dalam masa 5.2 saat dan kelajuan maksimum ialah 250km/j. Sebagai perbandingan, Supra varian 3.0L dengan enjin enam silinder sebaris boleh hasilkan 340hp dengan tork puncak 500Nm.
Antara kelebihan Supra 2.0L ialah kekurangan kuasa membantu meningkatkan kelebihan pengendalian. Enjin lebih kecil itu mengurangkan berat 100 kilogam berbanding 3.0L Supra. Malah enjin kecil itu memberi kelebihan untuk ditempatkan pada bahagian tengah kereta dan ini membantu Supra 2.0L memperoleh imbangan berat depan dan belakang pada kadar 50:50.
Toyota Supra 2.0L didatangkan dengan rim aloi 18 inci, sistem audio dengan empat pembesar suara bersama skrin paparan 8.8 inci. Tempat duduk sport dibalut dengan Alcantara hitam. Ada tiga pakej ditawarkan untuk varian 2.0L iaitu Connect, Sport dan Premium. Pakej Connect melibatkan tambahan sistem navigasi dan konektiviti. Pakej Sport pula menambah kelebihan prestasi seperti peningkatan kualiti membrek, sistem suspensi dan beberapa lagi ciri.
Pembeli pakej premium akan mendapat sistem audio dengan 12 pembesar suara JBL, paparan head-up display, pengecas telefon pintar wayarles, tempat duduk dengan penyelarasan kuasa dan tetapan memori, tempat duduk material kulit berwarna hitam. Ia juga mengandungi pakej Connect tetapi ada tambahan ciri pencahayaan dan ruang simpanan tambahan.
Turut ditawarkan ialah edisi terhad Fuji Speedway. Kereta ini diwarnakan putih dan menggunakan rim aloi 19 inci hitam kusam dan perumah cermin sisi berwarna merah. Ruang kabin menerima solekan tona merah hitam Alcantara dengan trim gentian karbon pada papan pemuka. Fuji Speedway juga didatangkan dengan pilihan pakej Connect dan Sport.
Toyota akan hadkan edisi Fuji Speedway kepada 200 unit. Jualan Supra 2.0L akan bermula pada Mac ini, selepas pelancaran global.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024