Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Viral

Tragedi Krismas, 3 Sekeluarga Mati Makan Kek Beracun

Maliah Surip 28/12/2024 | 14:40 MYT
Seorang wanita, Zeli Terezinha Silva dos Anjos, 61, dari Torres, Brazil, didakwa melakukan jenayah terancang apabila meracun ahli keluarganya menerusi kek tradisional yang biasa dimasak untuk meraikan sambutan perayaan Krismas pada 23 Disember lalu.
Akibat perbuatan tersebut, tiga ahli keluarganya iaitu dua orang kakak iaitu Maida, 58, dan Neuza, 65, dan seorang sepupu, Tatiana, 43, maut selepas menikmati kek yang telah dicampur dengan racun.
Sementara tiga anggota keluarga yang lain termasuk Anjos dan anak lelaki berusia 10 tahun jatuh sakit dan kini menerima rawatan di hospital, lapor DailyMail.uk.
Menurut pihak hospital, ketiga-tiga mangsa mengalami jantung terhenti, pening dan muntah-muntah selepas menikmati kek yang dicampur dengan racun jenis arsenik.
Arsenik adalah sejenis meteloid yang biasanya dijadikan racun perosak.

BERITA TRENDING: Dengar Cakap Bomoh, Pelakon Wanita Maut Makan Racun Katak

BERITA TRENDING: Suami Minum Racun Lepas Tikam Isteri 2 Kali Gara-Gara Selisih Faham

BERITA TRENDING: Pilih Hotel Mewah Di Bangkok, Enggan Staf Bancuh Teh, Wanita Racun 5 Rakan Sebelum Bunuh Diri

BERITA TRENDING: Akil Syauqi Meninggal Dunia Termakan Keropok Mengandungi Racun Tikus

Menurut kronologi kes, Anjos menyediakan kek yang menjadi hidangan tradisional saat meraikan Krismas buat tujuh ahli keluarganya.
Wanita itu menjadi orang pertama yang memakan sedikit kek tersebut diikuti anak dan ahli keluarga lain.
Hanya seorang daripada tujuh keluarga itu tidak menikmati kek tersebut dan selamat.
Tragedi yang berlaku membuat pihak berkuas membuka semula kertas siasatan berhubung kes kematian suami Anjos. Suaminya, Paolo Luiz dilaporkan meninggal dunia pada September lalu kerana keracunan makanan.
#Kek #Krismas #Tragedi #Racun #Zeli Terezinha Silva dos Anjos
;