Viral

Pilih Hotel Mewah Di Bangkok, Enggan Staf Bancuh Teh, Wanita Racun 5 Rakan Sebelum Bunuh Diri

gempak
Maliah Surip
18/07/2024
18:40 MYT
Sponsor Banner
Pilih Hotel Mewah Di Bangkok, Enggan Staf Bancuh Teh, Wanita Racun 5 Rakan Sebelum Bunuh Diri
Seorang wanita berusia 56 tahun ditemui maut bersama lima rakan di bilik sebuah hotel mewah di Bangkok, Thailand dalam satu insiden yang menggemparkan.
Suspek merupakan wanita Vietnam, Sherine Chong yang memegang kerakyatan Amerika dilaporkan telah meracun lima rakan termasuk dirinya dengan sianida.
Kesan racun sianida ditemui dicampurkan ke dalam cawan minuman teh yang ditempah untuk dihidangkan di dalam bilik bernombor 502 di tingkat lima Hotel Grand Hyatt Erawan, lapor Bangkok Post.
Jenayah tersebut dilakukan sebagai jalan terakhir menyelesaikan masalah pertikaian kewangan selepas mereka semua terbabit sebagai rakan kongsi dalam beberapa urus niaga membabitkan jumlah yang besar.
Menerusi kronologi, Sherine menempah masuk ke bilik tersebut seorang diri pada Isnin.
Dia kemudian membuat tempahan makanan termasuk teh ke bilik. Sherine menolak saat staf hotel mahu membantu menyediakan dan membancuh air teh dengan mengatakan dia akan melakukannya sendiri.
Rakaman kamera sekuriti menunjukkan lima rakan suspek yang berbangsa Vietnam masuk ke bilik tersebut membawa beg.
Namun sejak pukul 2.17 petang Isnin tidak ada seorang pun yang keluar meninggalkan bilik tersebut.
Pada selasa staf hotel menemui mayat keenam-keenam rakan tersebut. Selain Sherine, mangsa dikenali sebagai Dang Hung Van, 55; Tran Dinh Phu, 37; Nguyen Thi Phuong Lan, 47; pasangan Nguyen Thi Phuong, 46; dan Pham Hong Thanh, 49.

BERITA TRENDING: Remaja Nyaris Maut Termakan Biskut Dicampur Racun

BERITA TRENDING: Guna Taktik Kopi Campur Racun Tikus, Wanita Ditahan Polis Cuba Bunuh Anak Tiri

BERITA TRENDING: Isteri ‘Kantoi’ Curang Berulang Kali, Suami Ambil Keputusan Minum Racun Perosak

BERITA TRENDING: Paranormal Roy Kiyoshi Ramal Diri Sendiri Mati Kena Racun

Pihak berkuasa tempatan percaya insiden tersebut terjadi selepas suspek gagal berunding mengenai usaha sama projek pembangunan.
Keenam-enam mangsa juga dilaporkan akan menyelesaikan masalah mereka di mahkamah dalam tempoh dua minggu lagi. Namun Sherine dipercayai menjemput lima rakannya untuk menyelesaikan pertikaian tersebut di luar mahkamah.
Mereka juga dilaporkan memilih untuk bertemu di Jepun namun disebabkan masalah visa, pertemuan dilakukan di Bangkok.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024