Sebuah filem yang menceritakan kisah pemain bola sepak cacat penglihatan negara, Eye on The Ball (EOTB) bakal meruntun jiwa penonton di pawagam pada pertengahan Mac nanti.

Diarahkan oleh sturadara berbakat Chen Yih Wen, EOTB merungkai kisah suka duka pasukan bola sepak cacat penglihatan yang melakar kemenangan di Sukan Para ASEAN 2017 untuk melayakkan diri ke kejohanan bola sepak cacat penglihatan dunia.


Filem ini diterajui oleh pemain professional sebenar iaitu Asri Arshad, 25, Azwan “Kenchot” Azhar, 26, Rollen Marakim, 30 dan jurulatih mereka Sunny Shalesh, 50.

Biarpun cacat penglihatan, mereka tidak sesekali menyerah untuk menggapai impian untuk mengharumkan nama tanah air di peringkat antarabangsa.

Sebagai pasukan kebangsaan, filem ini diharap mampu meraih segenap sokongan daripada rakyat Malaysia untuk melihat peluang negara kita beraksi di kejohanan dunia.



Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sekumpulan anak muda cacat penglihatan bertekad untuk menggapai impian menjadi pemain bola sepak professional di pawagam tempatan bermula 19 Mac 2020.