Setelah cemerlang dengan filem 'Shazam', trailer filem watak jahat DC Comics, 'Joker' telah dikeluarkan secara rasminya oleh Warner Bros semalam.

Poster rasmi ‘Joker’ juga telah dikeluarkan, membuatkan peminat watak jahat dengan solekan tebal itu cukup teruja.



Menerusi trailer berdurasi hampir dua minit itu, sosok Joker dibawakan penuh emosi dan jayanya oleh Joaquin Pheonix.

Terdahulu watak Joker pernah muncul di dalam empat filem DC iaitu 'Batman' (1966), 'Batman' (1989), 'The Dark Knight' (2008) dan 'Suicide Squad' (2016).

Antara nama-nama yang pernah melakonkan watak Joker adalah Cesar Romero, Jack Nicholson, Heath Ledger dan Jared Leto.

Filem ‘Joker’ bakal berada di pawagam 4 Oktober nanti.

Mari kita tonton trailer filem ‘Joker’.