20th Century Fox telah melancarkan trailer filem fraicais ketiga Kingsman 3, The King's Man semalam.

Rata-rata peminat yang setia dengan dua filem terdahulu tertanya-tanya ketiadaan watak utamanya, Eggsy (lakonan Taron Egerton).



Jangan risau, mari kami terangkan!

Filem francais ketiga yang diberi judul The King's Man itu merupakan prekuel kepada dua buah filem yang pernah ditayangkan sebelum ini.

Jadi, The King's Man menceritakan permulaan sekitar Perang Dunia I, sebelum wujudnya watak Eggsy.



Dalam trailer berdurasi seminit 50 saat yang sudah ditonton lebih 1.8 juta pelayar YouTube sejak semalam itu, anda akan melihat item yang sinonim dengan zaman sebelum Perang Dunia tercetus.

Misalnya topeng gas, tengkorak, askar, kediaman asal Kingsman, kedai jahit asal Kingsman serta individu mirip Grigori Rasputin.

Menurut laporan IMDb, filem yang dijangka akan ditayangkan pada Februari 2020 itu akan menampilkan penjenayah terulung ketika itu yang berkomplot mahu menghancurkan dunia.

The King's Man akan dilakonkan oleh Ralph Fiennes, Gemmar Arterton, Matthew Goode, Aaron Taylor-Johnson, Tom Hollander dan ramai lagi.

Jadi, korang teruja tak?