HIBURAN
Adik Beli Rumah Mewah Bak Istana, Atta Halilintar Selamat Bangun Masjid Kelima
Pada saat adiknya, Saaih Halilintar berjaya membeli kediaman mewah bak istana pertama di bulan Ramadan, lain halnya dengan kejayaan si abang, Atta.
Atta yang merupakan seorang YouTuber terkenal baru merasmikan masjid kelima di Purwakarta, Jakarta Timur.
Menurut suami Aurel Hermasyah ini dia mahu melakukan banyak hal baik di bulan Ramadan dan membangun masjid adalah salah satu cara dia mahu memberikan manfaat kepada orang ramai.
“Kita perbanyak hal-hal baik di bulan Ramadan. Alhamdulillah baru dapat rasmikan masjid kelima di bulan mulia ini.
“Ini adalah cara saya memberi memberikan manfaat kepada banyak orang. Salah satu caranya adalah dengan membangun masjid, agar masyarakat di sekitar dapat beribadah dengan nyaman.
“Dan ini merupakan salah satu sasaran hidup saya iaitu meninggalkan sesuatu yang bermanfaat untuk banyak orang,” katanya seperti dilaporkan Kompas.
Masjid-masjid yang didirikan Atta berada di beberapa wilayah seperti Tasikmalaya dan Cianjur.
Malah meski baru merasmikan masjid kelimanya, Atta sudah merancang mendirikan masjid keenam pada tahun hadapan.
"Semoga ini terus berlanjut, semoga tahun depan dapat bangun lagi (masjid). Jadi doanya untuk terus konsisten walaupun ada yang kata masjid kurang bermanfaat untuk orang ramai. Tapi pada pandangan saya, masjid adalah tempat paling ramai orang datang untuk berdoa,” katanya lagi.
Atta bagaimanapun belum memutuskan lokasi terkini masjid keenam yang bakal dibangunkan pada tahun 2026 itu.
Must-Watch Video