Aktres jelita, Anzalna Nasir akui gembira membawa anak kecilnya, Mohamad Eidrees untuk melancong bersama.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.

Menurut Anzalna, anaknya itu tidak banyak meragam dan akan terus tidur selepas disusukan.

"Love travelling with @mohamadeidrees ! Tips? Nasib i baik je sebenarnya Eidrees tak banyak meragam.

"Phewww...Paling senang sebab dia breastfeed so bila dia nak meragam je bagi terus tidur, nasib baik tak ganggu jiran sebelah!" tulisnya sebagai kapsyen.

Di entri itu, Anzalna berkongsi fotonya bersama bayi comel itu ketika berada dalam penerbangan kelas perniagaan.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut pelakon ini tumpang gembira dan memuji kecomelan Eidrees.

Love travelling with Eidreighs @mohamadeidrees ! Tips? Nasib i baik je sebenarnya Eidreighs tak banyak meragam. Phewww... ? Paling senang sebab dia breastfeed so bila dia nak meragam je bagi terus tidur. Nasib baik tak ganggu jiran sebelah! Cik Kiah tengok drama apa tu? hahahhhahhahah

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on


Imbas kembali, Anzalna mendirikan rumah tangga bersama suaminya Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohammad Eidress pada 31 Mei yang lalu.