Percutian dalam negeri bagi anda yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membolehkan kita menjelajahi tempat sendiri.

Tak sangka rupanya ada sebuah vila cantik, eksklusif dan tenang di Kuala Kubu Bharu (KKB) yang rupanya, ramai orang masih belum tahu, walaupun orang KKB sendiri!

Sekumpulan personaliti sosial media yang terdiri daripada Khairul Aming, Azfar Heri dan beberapa teman mereka telah berkampung selama satu malam di sebuah vila yang dikenali sebagai PulaiThree Retreat.



Vila ini menempatkan dua bilik tidur yang besar, satu ruang tamu dengan rekaan minimalis, ruang BBQ, kolam renang (kongsi bersama jiran), balkoni, ruang bumbung dan semestinya pemandangan indah menghadap hutan hijau.

Vila ini berharga RM923 untuk satu malam dan boleh memuatkan sehingga tujuh orang pada satu-satu masa.

Menerusi foto-foto percutian Azfar Heri, vila ini dilihat cukup selesa dan sesuai untuk mereka yang ingin kembali ke alam semula jadi.



Sementara itu di ruangan komen, ramai pengikutnya yang teruja melihat kawasan vila yang begitu cantik, sesuai untuk sesi staycation bersama teman dan keluarga.

Malah, ada yang juga baru tahu tentang kewujudan vila di tengah kawasan bukit hijau ini.

Orang KKB pun tak pernah perasan ada vila ni,” komen seorang wargamaya.



Tiga tahun duk KKB, tak tahu tempat ni wujud,” komen seorang wargamaya.

Dekat sangat dah ni dengan tempat aku,” tulis seorang wargamaya.

Bestnyaaa boleh bawak family ni,” ujar seorang wargamaya.



Serius la takde sorang pun tau tempat ni, apsal aku je,” tanya seorang wargamaya.

Baru aku tau KKB ada tempat macam ni. Selalu aku pegi hospital je,” usik seorang wargamaya lagi.

Buat anda yang sedang mencari tempat tenang untuk merehatkan minda, vila PulaiThree boleh ditempat di laman web Airbnb.

Selamat menjelajah negeri sendiri, rupanya ada banyak lagi yang belum kita terokai.

Kredit foto: Instagram Azfar Heri dan Airbnb Pulaithree