Cameron Highlands merupakan sebuah destinasi percutian keluarga dan bulan madu yang popular di Malaysia.

Namun apabila pandemik COVID-19 mula menyerang pada awal tahun 2020, larangan merentas negeri dan daerah menerusi Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan sebagai usaha mengekang penularan wabak.

Berikutan larangan tersebut, banyak lokasi-lokasi percutian yang dahulunya menjadi tumpuan kini sunyi sepi tanpa kehadiran pelancong.

BagI tanah tinggi yang terletak di negeri Pahang ini, setelah beberapa bulan tidak menerima kunjungan pelancong menyebabkan Cameron Highlands kini semakin sejuk dan berkabus.



Menerusi perkongsian di laman Facebook I Love Pahang, suhu di Cameron Highlands kini sudah mencecah 17 darjah celcius.

Malah suhu persekitaran juga serendah 17 darjah celcius ini menjadikan suasana sekeliling ibadat mengalami musim sejuk di luar negara.

Penduduk tempatan juga menyifatkan kesejukan yang dirasai ‘hingga ke tulang.’



Jika dibandingkan dengan suasana ketika sebelum pandemik, ada keluhan yang menyatakan Cameron semakin kurang sejuk.

Menerusi ruangan komen, ramai wargamaya meluahkan kerinduan mereka untuk menjejakkan kaki ke kawasan tanah tinggi tersebut.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat pandemik ini memberikan hikmah kepada alam semulajadi kerana ia bebas daripada sebarang pencemaran.



Ada hikmah covid ni. Tengoklah keadaan Cameron sekarang, kembali sejuk, kembali berkabus. Covid ni buat alam membersihkan diri, menyegarkan kembali suasana. Hutan-hutan kembali menghijau.

"Udara kembali bersih tanpa adanya asap-asap kereta, sunyi sepi tanpa ada bunyi-bunyi kenderaan
,” komen seorang wargamaya.

Rindunya nak pakai baju sejuk. Naik atas sana tenangkan fikiran,” luah seorang wargamaya.

Akan ku jejak bila boleh merentas negeri walaupun duduk kat blakang gunung je,” ujar seorang wargamaya.

Aku rindu sangat Cameron woi. Selalu tiap tahun 2 kali akan naik turun. Kemaruk dah ni,” kata seorang wargamaya.

Cuaca mesti nyamankan. Sebab takde pencemaran udara sekarang ni,” tulis seorang wargamaya lagi.

Pasti semua mengharapkan aktiviti merentas negeri dibenarkan selepas COVID-19 berjaga dikawal.

Semoga kita semua dapat membantu merancakkan kembali industri pelancongan negara dan menjana ekonomi penduduk Cameron Highlands.

Jika anda mahu survey pelbagai tawaran hotel dan aktiviti menarik yang ada Cameron Highlands, klik di sini.


Kredit foto: Facebook I Love Pahang dan Gambar Menarik Cameron Highlands