Bersempena menyambut bulan kemerdekaan, Genting SkyWorlds ada berita baik untuk mereka yang lahir pada bulan Ogos.

Taman tema terbaharu dan terbesar di Asia, Genting Highlands mahu meraikan para pengunjung dengan memberikan tiket percuma kepada 57 orang pada setiap hari untuk menikmati kota keriangan.

Pada mereka yang lahir pada bulan Ogos, jangan lepaskan peluang untuk mendapat tiket percuma bagi tempoh lawatan sehari dan ia boleh dituntut di kaunter masuk yang terletak di Genting Highlands.

Apa yang anda perlu lakukan, tunjuk sahaja kad pengenalan atau pasport di kaunter tiket, 57 pengunjung pertama yang bertuah dan lahir pada bulan Ogos akan diberikan tiket percuma.

Terma & Syarat:
Promosi yang dijalankan sah sepanjang bulan Ogos ini sahaja dan pada mereka yang lahir pada bulan tersebut, cepat-cepat tebus tiket percuma anda!