Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#Travelmana: Diskaun Saudia Airlines, Pakej ‘Pergi Dahulu Bayar Kemudian' Antara Tawaran Menarik Di PAPUH Muslim Travel Fair 2024

Amri Hassan
23/07/2024 19:57 MYT
Kisah jemaah tertipu dengan pakej-pakej murah di media sosial untuk mengerjakan haji dan umrah bagai tidak pernah terhenti.

Menilai rungutan itu, Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) mengambil inisiatif untuk menganjurkan PAPUH Muslim Travel Fair 2024.

Akui Setiausaha Agung Kehormat PAPUH, Faridah Hamid, pihaknya turut menerima banyak aduan berkait penipuan pakej murah dan inisiatif ini bagi membantu bakal jemaah mendapatkan pakej terbaik dan bebas risiko.

"PAPUH sebelum ini telah menerima banyak rungutan daripada ahli memandangkan ramai Jemaah yang tertipu dengan pakel-pakej murah yang banyak diiklankan di laman media sosial.

"Mereka tertipu disebabkan terpengaruh dengan pakej yang ditawarkan dengan harga murah dan akhirya tidak dapat terbang. Setelah diselidik baru mereka tersedar yang mereka membeli pakej daripada agensi yang tidak berlesen.

“Atas permintaan ahli PAPUH sendiri, PAPUH bersetuju untuk menganjurkan PAPUH Muslim Travel Fair yang hanya membenarkan agensi-agensi yang mempunyai lesen penuh (seperti Inbound, Outbound, Ticketing dan Umrah) untuk mengambil bahagian.

“Sebanyak 50 syarikat akan mengambil bahagian dalam acara pada kali ini, dan ini adalah yang pertama dianjurkan oleh PAPUH selepas COVID-19. Setakat ini kami menawarkan pakej umrah bermula dari RM5999,” jelasnya.



Dalam pada itu, jelas Faridah, Syarikat Penerbangan Saudia turut memberikan potongan harga istimewa sepanjang pameran berlangsung.

Malah kerjasama dengan pihak perbankan turut memperkenalkan pakej pembiayaan ‘Pergi Dahulu Bayar Kemudian’ untuk pakej umrah dan pelancongan Muslim.

Mensasarkan hampir 1000 pengunjung sepanjang tiga hari festival berlangsung, Papuh Muslim Travel Fair 2024 akan diadakan 26 hingga 28 Julai 2024 bertempat di Hotel Grand Barakah Ampang.

PAPUH Muslim Travel Fair 2024 turut menawarkan pakej umrah, pelancongan mesra muslim ke serata dunia, pas-pas masuk ke taman tema, tiket penerbangan serta pakej percutian dalam negara.

PAPUH juga menyediakan hadiah cabutan bertuah berupa pakej mengerjakan umrah kepada pelanggan yang membuat tempahan semasa acara.

BERITA TRENDING: Elfira Loy Kesal Tindakan Individu Kongsi Video Jemaah Haji Meninggal Dunia - “Saya Telah Menyaksikan Dedikasi Pasukan Perubatan Dalam…”

BERITA TRENDING: Jemaah Haji Palestin Kongsi Cerita Terselamat Daripada Maut Beribu Kali

BERITA TRENDING: Bukan Makkah, Warga Sulawesi Naik Haji Di Gunung Bawakaraeng Bawa Kambing

BERITA TRENDING: 300 Bakal Jemaah Haji Terkandas Di Mekah, Diperdaya Pakej Murah

#Viral #Umrah #Haji #Pelancongan #Muslim #Grand Barakah #PAPUH #Saudia Airlines #Travel Fair