Umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Aidiladha beberapa hari lagi. Tentunya jemaah haji akan melunaskan rukun Islam kelima ini dengan mengerjakan haji di Mekah.

Naik Haji Di Puncak Gunung?

Namun berbeza dengan sebahagian warga Sulawesi Selatan apabila ada dalam kalangan mereka yang ‘naik haji’ di puncak sebuah gunung iaitu Gunung Bawakaraeng.

BERITA TRENDING: Zakar Membengkak Gara-Gara Berkhatan Guna Kit DIY Beli Online

Menerusi beberapa foto dan video yang tular dilihat ada individu mendaki gunung dengan ketinggian 2.883 meter di atas permukaan laut itu lengkap memakai songkok dan telekung.

BERITA TRENDING:"Ya Itu Betul, Bukan Drama" - Ibu Sahkan Siti Jamumall Kahwini Aiman Tak Kisah

Ketua kampung sebenarnya telah sempat menutup jalan dan tempat pendakian warga yang naik haji di Gunung Bawakaraeng namun tanpa disedari ritual tersebut masih dilakukan.

“Mereka datang dari sejumlah kawasan...

Menurut salah seorang penduduk kampung, ritual naik haji di Gunung Bawakaraeng dilakukan kerana meneruskan tradisi yang dilakukan oleh datuk nenek dan moyang mereka yang terdahulu.

BERITA TRENDING: Kulit Telur Ayam Perlu Dibasuh, Elak Risiko Tercemar Bakteria Salmonella

“Mereka datang dari sejumlah kawasan atau daerah di Sulawesi Selatan secara berkumpulan, tiga hari menjelang Aidiladha.

“Mereka bawa beras, telur, ayam, kambing menuju puncak Gunung Bawakaraeng sebagai ritual keselamatan,” ujar penduduk tersebut seperti dilaporkan Bantentv.com.

BERITA TRENDING: Bayi 8 Bulan Mampu Sambung Bacaan Surah Lazim, Ibu Praktikkan Alunan Selawat, Zikir & Azan Setiap Hari

Perbuatan salah di sisi agama itu sudah diketahui sekian lama oleh pihak Majlis Ulama Indonesia (MUI) dan berjanji untuk memastikan ritual tersebut dihentikan.

“Jelas perbuatan itu salah dan di luar syariat. Ibadah haji itu sudah ditegaskan dalam syariat dilakukan di Mekkah, waktunya juga ditentukan di Bulan Dzulhijjah,” kata wakil MUI.