GAYA HIDUP
#Travelmana: Flight Mudah, Makanan Halal, Tempat Lawa! Uzbekistan Patut Masuk Dalam Bucket List Korang
Uzbekistan mungkin belum masuk dalam senarai ‘bucket list’ ramai orang, tapi negara Asia Tengah ini sebenarnya penuh dengan kejutan!
Sejak kebelakangan ini, permintaan untuk terbang ke Uzbekistan semakin meningkat, dan syarikat penerbangan Uzbekistan Airways kini bekerjasama dengan Malaysia Airlines untuk memudahkan perjalanan dari Malaysia.
Jadi, apa yang menarik sangat dengan Uzbekistan ni? Jom kita ushar!
Flight direct, perkhidmatan terbaik!
Uzbekistan Airways kini menawarkan dua penerbangan seminggu dari Kuala Lumpur ke Tashkent dan dalam perancangan untuk menaikkannya kepada empat penerbangan.Pengurus Besar Uzbekistan Airways, Otabek Akhmedov, berkata selepas lawatan rasmi Presiden Republik itu, Shavkat Mirziyoyev, pada 4 dan 5 Februari lalu, jumlah permintaan terhadap perkhidmatan syarikat itu meningkat.
.jpg)
.jpg)
Tahun lalu, 10 ribu pelancong dari Malaysia telah mengunjungi negara berkenaan.

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Pernah Menang Emas, Atlet Judo Jepun Menangis Histeria Kalah Kepada Uzbekistan
BERITA TRENDING: Sebijik! Muka Atlet Angkat Berat Uzbekistan & Pelakon Shaheizy Sam Macam Kembar
BERITA TRENDING: Kembara Imam Bukhari Uzbekistan 8H6M
Kenapa Uzbekistan?
Negara ini kaya dengan sejarah Islam, seni bina yang memukau dan keindahan alam semula jadi yang sangat unik. Bayangkan bangunan abad ke-14 yang masih terjaga rapi, padang pasir luas yang penuh warna-warni semasa musim bunga serta percutian musim sejuk ala-ala Switzerland dengan harga jauh lebih murah!.jpg)
Tempat wajib pergi di Uzbekistan
1. Tashkent
Tashkent adalah bandar yang moden tetapi masih mengekalkan banyak bangunan lama. Antara tempat menarik yang wajib dilawati ialah Menara Kawalan Televisyen Tashkent serta Al-Quran bertulis tangan zaman Saidina Uthman yang disimpan di sini..jpg)
2. Samarkand
Digelar sebagai permata dunia, Samarkand adalah salah satu bandar tertua dengan seni bina Islam yang luar biasa. Bila melangkah ke sini, rasa macam berada di zaman kegemilangan tamadun Islam!.jpg)
3. Tasik Aydarkul
Tasik ini tercipta secara tidak sengaja semasa era Kesatuan Soviet, tetapi kini ia menjadi tarikan utama kerana kecantikannya. Kat sini, korang boleh memancing, menunggang unta, atau sekadar menikmati pemandangan matahari terbenam yang sangat memukau..jpg)
4. Padang Pasir Kyzyl Kum
Padang pasir ini antara yang terbesar di dunia, tapi berbeza dari gurun biasa kerana ia penuh dengan hidupan liar seperti ular kobra, burung eksotik, dan tumbuhan berbunga cantik semasa musim bunga..jpg)
.jpg)
5. Gunung Chimgan
Bagi yang suka aktiviti lasak, Gunung Chimgan adalah lokasi ski terbaik di Uzbekistan! Selain itu, waktu musim bunga, ia menjadi tempat ideal untuk trekking sambil menikmati keindahan alam..jpg)
6. Registan Square
Terletak di Samarkand, dataran ini menyimpan sejarah Islam yang sangat kaya. Rekaan seni bina madrasah di sini memang buat gambar Instagram korang ‘on point’!.jpg)
7. Bazar Chorsu
Kalau nak beli buah-buahan kering, rempah ratus, atau cenderamata, Bazar Chorsu adalah tempatnya. Peniaga di sini pun sangat mesra, jadi tak ada masalah untuk tawar-menawar!.jpg)
Best time to visit?
Kalau nak pengalaman terbaik, cuba datang antara bulan Mac hingga Mei (musim bunga) atau September hingga November (musim luruh). Kalau korang nak try main ski, datanglah pada bulan Disember hingga Februari!Uzbekistan adalah hidden gem yang semakin popular di kalangan pelancong Malaysia. Dari sejarah Islam yang kaya, makanan halal yang sedap, hingga ke tempat-tempat eksotik yang unik – Uzbekistan memang destinasi yang patut masuk dalam bucket list korang!
Jadi, lepas ni kalau ada yang tanya, "Kat mana next trip?", jawapan korang... UZBEKISTAN, BABY!
Must-Watch Video