Pemilik kucing pasti berdepan dengan dilema untuk meninggalkan si manja kerana ingin bercuti atau pulang ke kampung saban kali musim perayaan tiba.

Namun, perkara ini tidak lagi menjadi masalah apabila pemilik boleh menghantar haiwan peliharaan mereka ke pusat jagaan kucing atau ‘hotel kucing’ yang semakin popular.

‘Hotel kucing’ semakin mendapat sambutan dan sememangnya dijadikan penyelesaian untuk memastikan haiwan berbulu kesayangan sentiasa terjaga takkala pemiliknya tiada di rumah untuk jangka masa yang panjang.

Jom semak lima hotel kucing menarik yang anda boleh letakkan kucing dan bercuti dengan tenang.

Catz Inn House, Kota Kemuning

Hotel kucing berhawa dingin ini menjadi pilihan ramai kerana berharga ekonomi dari RM16/malam. Selain daripada persekitarannya yang bersih, luas dan selesa, hotel ini juga turut menyediakan khidmat menjual makanan kucing.

Alamat: 22A-GF, Jalan Kemuning Prima F33/F, Kemuning Utama, 40400, Shah Alam.

Catzonia Cat Hotel, Bangi

Ibarat hotel mewah, kucing-kucing yang tinggal di sini dilayan penuh eksklusif. Menempatkan ruangan yang moden dan santai, setiap kucing-kucing di sini juga boleh dipantau menggunakan CCTV.


Alamat: Unit B, 20-G, Bangi Gateway, Seksyen 15, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor

Maobulous Cat Boutique Hotel & Spa, Subang Jaya

Kalau anda seronok bercuti, menikmati spa, anda rasa kucing anda tak perlukan benda yang sama? Hotel ini menjadi pilihan ramai kerana terkenal dengan perkhidmatan menjaga kucing serta berkualiti. Mereka menawarkan harga dari RM29 untuk satu malam.

Alamat: No. 27, Jalan SS 18/6, SS18, 47500, Subang Jaya, Selangor.

Pawfect Inn Cat Hotel & Grooming, Wangsa Maju

Hotel berhawa dingin ini menjadi pilihan mereka yang menetap di Kuala Lumpur kerana sikap profesional dan peramah kaki tangan di sini. Menjaga kucing dengan baik, setiap kucing diberikan waktu bermain dan makanan premium juga diberikan.

Alamat: No 43.G, Jalan Wangsa Delima 5, Seksyen 5, Wangsa Maju, 53300, Kuala Lumpur.

Cat Boarding Service, Titiwangsa

Istimewanya hotel ini, ia dijaga oleh seorang gadis pecinta kucing di rumahnya yang berhawa dingin. Memiliki kelulusan perubatan veterinar, gadis bernama Iman ini bukan sahaja boleh menjaga haiwan peliharaan, malah turut boleh merawat kucing anda. Iman juga mempunyai kemahiran dalam menguruskan ubat-ubat untuk si manja.

Alamat: Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Tahukah anda si comel kesayangan anda juga boleh menikmati manfaat insurans seperti insurans manusia?

Menerusi Oyen Pet Insurance, anda bakal mendapat perlindungan yang pantas, tuntutan yang mudah dan nilai perlindungan tinggi.

Ketahui lebih lanjut tentang tawaran Oyen Pet Insurance https://www.oyen.my/campaign/astro. Setiap pembelian, anda akan dapat hadiah istimewa pouch Oyen.