Laman Utama

#TravelMana: Rumah Hobbit Dah Ada Di Kuantan, Zoo Mini Taman Teruntum Lokasi Percutian Terbaharu Warga Pahang!

Azwa Rahman
26/03/2022
08:39 MYT
Rumah hobbit yang terkenal dalam filem The Lord of The Rings menjadi tarikan terbaru di Zoo Mini Taman Teruntum, Kuatan apabila ia dibuka semula kepada pengunjung.
Menerusi laman sosial Twitter, tular ciapan seorang pengguna yang dikenali sebagai Sarini Zainal dimana dia berkongsi foto-foto menarik sewaktu kunjungannya ke Taman Teruntum.
Siapa yg datang Kuantan tu, meh lah ke sini! pic.twitter.com/5FjzSoPctI— Sarini Zainal (@sarinizainal) March 24, 2022 Mini Zoo Taman Teruntum telah ditransformasikan dan berubah wajah menjadi sebuah zoo hibrid pertama di Malaysia.
Walaupun begitu, rumah hobbit ini tidak boleh dimasuki dan hanya boleh bergambar atau berswafoto di luar sahaja.
Selain rumah hobbit, antara tarikan lain yang ada di sini adalah taman dinasour yang pastu mengujakan kanak-kanak.
Kalau anak2 suka Dinasour tu, bolehlah bawak ke sini. pic.twitter.com/KIYvwDcG67— Sarini Zainal (@sarinizainal) March 24, 2022 Mini Zoo Taman Teruntum bukan sahaja mempamerkan haiwan sebenar, terdapat juga haiwan yang sudah pupus dan prasejarah untuk tatapan para pengunjung.
Antara haiwan yang terdapat di Mini Zoo Teruntum ini adalah seperti Seladang, Ular, Arnab, Buaya, Kuda Padi, Burung Enggang, Rusa, Burung Unta, Burung Merak dan banyak lagi.
Menerusi perkongsian Sarini lagi, selesai berkunjung ke Taman Teruntum, anda boleh singgah bermandi-manda di pantai Taman Gelora yang terletak hanya seberang jalan dengan zoo terbabit.
Luas keseluruhan kawasan zoo ini kira-kira 4.4 hektar dan hanya 30% daripadanya dikekalkan untuk haiwan hidup manakala selebihnya telah diubah suai untuk menempatkan tarikan lain seperti edu-pelancongan.
Harga tiket:
Dewasa: RM25 Kanak-kanak: RM22
Kredit foto: Twitter @sarinizainal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Cuti Sekolah Tak Tahu Nak Pergi Mana? In 5 Lokasi Menarik Yang Boleh Dilawati Di Kuala Lumpur!

gempak
30/05/2024
18:55 MYT
Cuti sekolah sememangnya waktu yang paling dinantikan sama ada dalam kalangan pelajar mahupun ibu bapa.
Advertorial

Teringin Rasai Pengalaman Percutian Bermusim Paling Best? Melbourne Adalah Jawapannya

gempak
28/04/2024
08:55 MYT
Bestnya Melbourne!
Advertorial

Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk

gempak
27/04/2024
13:39 MYT
Bestnya!
Advertorial

10 Tempat Menarik Untuk Bonding Bersama Anak, Nombor 9 Tu Paling Rare Guys!

gempak
29/02/2024
10:20 MYT
Anak-anak confirm love tempat-tempat ni.
Gaya Hidup

#TRAVELMANA: Datang Nak Tengok #GMWA2023 Tapi Tak Tahu Nak Tidur Mana? Ini 5 Tempat Penginapan Sekitar PICC

gempak
21/02/2024
14:01 MYT
Tak sabarnya nak tengok #GMWA2023!