Pekan Padang Besar yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand menjadi tumpuan ramai pengunjung sebagai destinasi membeli-belah jika ke utara tanahair.

Namun sejak pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang mengehadkan akvitivi merentas negeri, keadaan Padang Besar tidak ubah seperti padang jarak padang terkukur.

Menerusi laman sosial Twitter, akaun @OhMyPerlis berkongsi foto-foto keadaan kompleks Padang Besar yang kelihatan kosong dan sayu tanpa sebarang aktiviti perniagaan.

Sementara itu di ruangan balas, rata-rata wargamaya meluahkan rasa sebak melihat keadaan Padang Besar yang sunyi sepi tanpa kehadiran pengunjung.

Namun, ramai juga tidak sabar menunggu pembinaan bangunan Pavilion Padang Besar, sebuah kompleks membeli-belah lebih besar dan selesa yang dijangka siap tidak lama lagi.

Syurga jersi ni. Dari local sampai lah international punya team ada. Sekecik-kecik club sampai sebesar besar club ada. Jersi bola sampai ke jersi rugby ada. Paling latest aku pergi. Baju budak budak motor pun ada jual sini. Sedihnya tengok padang besar kosong macam ni,” komen seorang wargamaya.

Dulu time dekat Unimap ni selalu lah pergi sini cari jajan. Family datang melawat pon bawak depa pegi Padang Besar ni, sedih,” kata seorang wargamaya.

Banyak sejarah Padang Besar ni, tempat bermulanya saya buat berniaga trading barang sejak dibangku Sekolah Sri Tunjong. Hanya jual jam siam dan jersey siam dulu,” kongsi seorang wargamaya.

Aduh sepi sungguh tengok ni. Dulu seronok membeli belah dekat sini meriah,” ujar seorang wargamaya.

Rindunya balik Kedah pastu datang sini.. Tahun lepas balik masa Covid reda lagi pun tak bukak,” luah seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian @OhMyPerlis itu telah mendapat hampir 1,300 tanda suka daripada warga Twitter.