,
Laman Utama

#TravelMana: Tourism Western Australia Lancar Panduan Perjalanan Muslim Khusus Untuk Kemudahan Pelancong Beragama Islam

Izwan Isa
02/07/2023
08:50 MYT
Bagi memberikan kemudahan bagi pelancong untuk menikmati percutian yang mengujakan, Tourism Western Australia melancarkan Panduan Perjalanan Muslim khusus untuk mereka yang beragama Islam.
Pengurus Negara Tourism Western Australia untuk Singapura dan Malaysia, Ava Ang berkata, Australia Barat merupakan lokasi istimewa yang menawarkan banyak pengalaman luar biasa dan unik buat sesiapa sahaja yang mahukan pengalaman baharu.
“Kami berharap pelancaran Panduan Muslim kami ini akan memudahkan golongan pelancong Muslim di Malaysia membuat perancangan perjalanan untuk melawat negeri ini untuk mengagumi keajaiban alam semula jadinya dan merasai sendiri kekayaan warisan budayanya,” katanya.
BACA: Hello Percutian Bersama BFF, Ini Itinerari Lengkap Percutian 6 Hari 5 Malam Di Perth Australia
Panduan tersebut tidak sekadar menawarkan jadual perjalanan, ia juga menyediakan maklumat yang komprehensif seperti garis panduan perjalanan daripada ketibaan, pemanduan dan khidmat pengangkutan awam.
Sememangnya, panduan ini merupakan sumber yang sangat berguna untuk pengembara bukan Muslim yang ingin merancang percutian ke Australia Barat.
Proses permohonan untuk Autoriti Pengembaraan Elektronik (Electronic Travel Authority, ETA), yang setara dengan VISA untuk memasuki Australia, kini semakin pantas kerana ia boleh diperoleh dalam tempoh seminggu dari hari permohonan.
Bagaimanapun pengunjung dinasihatkan supaya menghantar permohonan mereka sekurang-kurangnya empat minggu sebelum berlepas bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diduga.

Menarik di Australia Barat

Australia Barat adalah negeri terbesar di Australia dan ia dipenuhi dengan pelbagai pengalaman unik yang dibentangkan oleh warisan alam semula jadi dan budayanya. Di sinilah terletaknya destinasi yang tersenarai sebagai warisan dunia, termasuk salah satu terumbu karang pinggir yang terbesar di dunia, dan ia juga salah satu tempat yang mempunyai budaya hidup tertua di dunia.
Australia Barat merupakan destinasi yang cukup indah dan panduan ini disediakan untuk membantu pengembara Muslim di Malaysia menikmati pengalaman percutian yang lancar dan memenuhi keperluan mereka.
BACA: #TravelMana: Perth Buka Sempadan Untuk Pelancong Malaysia, Ini 4 Tarikan Terbaharu Di Western Australia Untuk Dilawati
Kempen Australia Barat Walking on a Dream sememangnya menarik minat penjelajah yang suka cabaran. Panduan ini merangkumi sumber terkini tentang tarikan semula jadi dan budaya di Australia Barat dan merangkumi informasi untuk aktiviti bersiar-siar seperti kembara jalan raya dan lawatan sehari. Ia juga memaparkan senarai terperinci kedai makan yang Halal dan infrastruktur khas untuk pengunjung Muslim yang boleh didapati di seluruh negeri itu.
Panduan Perjalanan Muslim kini boleh didapati di https://www.westernaustralia.com/my/plan-my-trip/planning-tools/brochures-and-guides.
Untuk keterangan lanjut tentang Australia Barat, sila lawati www.westernaustralia.com.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

"Makin Ramai Yang Melancong, Termasuk Destinasi Dekat" - Agensi Pelancongan Optimis Prospek Industri Pelancongan Malaysia, Teruskan Tradisi Cabutan Bertuah Pelanggan Setia

gempak
28/10/2024
15:08 MYT
Ketua Pegawai Operasi Nuh Travel & Tours, Mohammad Adam Jalalel Din optimis dengan perkembangan industri pelancongan di Malaysia.
Gaya Hidup

#Travelmana: Hampir 100,000 Pelancong Malaysia Bercuti Ke Selatan Thailand!

gempak
16/09/2024
23:25 MYT
Hampir 100,000 pelancong Malaysia memanfaatkan cuti panjang hujung minggu sempena sambutan Hari Malaysia untuk bercuti di wilayah Selatan Thailand, menyumbang lebih daripada 1 bilion baht (100 baht = RM12.95) kepada ekonomi tempatan.
Gaya Hidup

#Travelmana: Tiga Kali Ke Taiwan, Nabila Razali Belum Puas! - "Penduduk Peramah, Saya Rasa Selamat"

gempak
28/08/2024
15:58 MYT
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali menyifatkan pelantikannya sebagai Duta Salam Taiwan 2024 memahat satu lagi pencapaian bermakna dałam perjalanan kerjaya seninya yang kini mencecah lebih sedekad.
Gaya Hidup

#TRAVELMANA: Wat Uthissak Thammo Jadi Tarikan Pelancong, Lokasi Penggambaran Pengantin

gempak
11/08/2024
18:55 MYT
Selain menjadi tarikan penganut Buddha, Wat Uthissak Thammo Wararam iaitu wat Buddha tunggal di Gua Musang turut menarik tumpuan pelancong dalam dan luar negara terutama ketika musim perayaan.
Berita

#TRAVELMANA: Kelantan Optimis Capai Sasaran 2.5 Juta Pengunjung Tahun Ini

gempak
04/08/2024
14:55 MYT
Kelantan optimis mencapai sasaran 2.5 juta pengunjung pada tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Kamarudin Md Noor.
Unitar