Pelakon Catriona Ross memberitahu bahawa dia kini sedang membuat persiapan untuk mengikuti ekspedisi pendakian ke Kem Induk Everest atau Everest Base Camp (EBC).

Catriona dalam satu posting terbaharunya di Intsagram berkongsi pengalamannya mendaki Bukit Kutu yang dianggap sebagai salah satu latihan untuk menjayakan misinya itu nanti.

"Pertama kali seumur hidup, saya mendaki Bukit Kutu. Bukit yang bukan calang-calang, bukan biasa-bisa. Sebenarnya, dah layak tukar nama. Mana ada bukit setinggi tu! Hampir 4,000 kaki lah!

"Separuh jalan naik, memang ada rasa sesal, tapi, demi latihan untuk ke Everest Base Camp, saya gagahkan juga.

"Empat jam ke puncak dan akhirnya bila sampai, sebenarnya sebak juga lah. Mana taknya, trek dia biadab. Mereka yang sudah pergi tahu lah Kutu ini macam mana," tulisnya menerusi satu entri di Instagram.

Dalam posting itu juga, Catriona turut berkongsi gambar dirinya yang berjaya menawan Bukit Kutu.

First time seumur hidup, i hiked up Bukit Kutu. Bukit yang bukan calang-calang, bukan biasa-biasa . Dah layak tukar nama actually. Mana ada bukit setinggi tu !! Almost 4000 kaki lah ?? . Half way naik, memang ada rasa sesal . Tapi demi training untuk Everest Base Camp, i gagahkan jugak . 4 hours to the peak and finally bila sampai, sebak jugak laaa actually. Mana tak nya, track dia biadab. Those yang dah pergi tau la Kutu ni macam mana . Demi semangat, here is a pic of me kat summit Kutu ? #catrionahikes #sar #summitattackresources #sartoebc #oneteamonedream #cargasss #climbsafetogetherfriendshipstayforever

A post shared by Cat Ross (@catrionabrianross) on



Perkongsian itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

Rata-rata bersetuju dengan apa yang diluahkan Catriona mengenai pengalamannya mendaki Bukit Kutu.

"Tahniah! Saya masih trauma dengan 'gunung' Kutu.

"Saya pernah naik dah trek dia memang kejam, rasa nak menangis," tulis sebahagian pengikutnya.

Difahamkan, Catriona bakal mengikuti misi pendakian ke EBC sebagai salah satu program amal untuk golongan autisme.

Sebelum ini, artis tempatan yang pernah menjejakkan kaki ke EBC ialah Azhan Rani.

EBC terletak pada jarak ketinggian 5,364 meter dari aras laut.