Usahawan Noor Nabila memakaikan kostum beruang kepada anaknya, Jebat Jayden sempena sambutan Halloween yang berlangsung semalam.

Nabila yang juga kakak kepada Neelofa memuat naik beberapa keping foto Jebat menaiki basikal roda tiga mengelilingi kawasan kejiranan.

“Trick or treat,” tulis Nabila ringkas di ruangan kapsyennya.

Jebat diiringi Nabila dan Neelofa dilihat menziarahi rumah jiran tetangga bagi mengutip gula-gula yang kebiasaannya disediakan bagi sambutan berkenaan.

Trick or treat ?

A post shared by Noor Nabila (@noornabila) on


Nabila pula kelihatan santai mengenakan pakaian biasa beserta topi ahli sihir.

Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya memuji kecomelan Jebat yang mengenakan kostum beruang sambil berkaki ayam.

“Big boy!” ujar penyanyi dan pengacara Alif Satar.

“Handsome nya Jebat!” komen seorang wargamaya.

“Macam mommy je yang over ni. Tapi Jebat paling cute!” usik seorang wargamaya.

“Comelnya basikal Jebat. Nak pinjam!” tulis seorang wargamaya.

“Awak buat saya geram,” kata seorang wargamaya lagi.

Untuk rekod, Jebat dilahirkan pada 30 Ogos 2018 dan menyambut ulang tahun kelahiran pertamanya tahun ini.