Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Trio KRU Muncul Kembali dengan Album Kaset - “Kami Pun Rindu Nak Nyanyi Bersama-Sama”

Ernalisa
10/10/2024 14:55 MYT
Rasa rindu peminat kepada kumpulan trio adik-beradik terkenal KRU bakal terubat apabila mereka bakal muncul kembali dengan single terbaru berjudul Kaset, yang akan dilancarkan pada November ini.

BERITA BERKAITAN : Aisha Retno 'Diganggu' Di Set Penggambaran Samudera | GMW Highlights

BERITA BERKAITAN : Pekin Dituduh Jadi ‘Batu Api’ Isu Fattah-Fazura, Mona Allen Tampil Bersuara - “Saya Bukan Penasihat Suami Saya"

BERITA BERKAITAN : Pernah Lalui Fasa Perceraian, Sharnaaz Ahmad Titip Pesanan Buat Pasangan Dah Berpisah - "Kalau Rasa Tak Boleh Hidup Sama, Baguslah..."

BERITA BERKAITAN : Beza Umur 35 Tahun? “Laki Aku Bukan Laki Kau!” | Motif Trending

Menurut Norman, kemunculan semula mereka bertiga di persada seni bukan sahaja dinantikan oleh Yusry dan Edry, sudah pastu juga oleh para peminat yang merindui karya mereka sejak era 1990-an.

“Sebenarnya kami tak anggap kemunculan ini sebagai ‘come back’. Kami bertiga masih ada, cuma kurang aktif dalam industri kerana masing-masing sibuk dengan komitmen sendiri. Namun, kami akui bahawa kami juga rindu untuk bersama seperti dulu.


“Untuk melengkapkan album ini, kami menyajikan sepuluh lagu baharu, semuanya ciptaan kami bertiga. Dua daripadanya adalah lagu berbahasa Inggeris. Peminat pastinya menantikan lagu-lagu balada kami yang evergreen, selain lagu rancak yang menjadi trademark KRU,” kata Norman.

Mengenai konsep album Kaset, KRU masih mengekalkan elemen muzik era kegemilangan mereka, tetapi turut disesuaikan dengan muzik masa kini untuk menarik perhatian peminat baru, terutamanya golongan muda.

“Saya yakin dengan kematangan kami dan pengetahuan dalam bidang muzik, album ini berpotensi menjadi yang terbaik daripada KRU. Kami selesa dengan ‘sound’ yang sinonim dengan KRU sejak dahulu, dan bangga dengan identiti muzik kami,” tambahnya.

Norman turut berharap album tersebut akan diterima baik oleh semua lapisan masyarakat. Kemunculan semula mereka turut mengukuhkan identiti unik KRU sebagai kumpulan adik-beradik yang meledak pada era 90-an.

“Kami memang bertiga sejak dahulu, dan itulah evolusi yang mencetuskan fenomena serta menjadikan KRU unik dengan identitinya tersendiri,” katanya.


KRU juga akan menjelajah ke seluruh negara dalam tour khas mereka pada tahun hadapan untuk menemui para peminat.

#Album #KRU #dengan #Kaset #muncul
;