Siapa sangka dengan hanya menghasilkan video tarian di TikTok, seorang pemuda berjaya menarik perhatian sebuah syarikat besar.

Semuanya bermula selepas individu dikenali sebagai Muhammad Shazani Shamsor, 19, menghasilkan video Tik Tok menggunakan lagu iklan beras Cap Rambutan.

Video berkenaan kemudian viral di kesemua platform media sosial termasuk di Facebook, Twitter dan aplikasi WhatsApp.

Disebabkan video itu menjadi perhatian ramai, Muhammad Shazani kemudian menerima mesej daripada syarikat beras itu sendiri.

“Kami tengok video adik, kami nak bagi kredit sebab kreatif sangat buat video denggan lagu beras cap rambutan yang legend.

“Kami akan hantar beras bagi adik dan keluarga,” tulis syarikat berkenaan kepada Muhammad Shazani.

Tangkap layar perbualannya bersama Cap Rambutan itu dikongsi pemuda tersebut menerusi satu posting di Twitternya.

Difahamkan, dia pada awalnya menolak pemberian tersebut dan meminta untuk beras berkenaan diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan.

Namun setelah berbincang bersama keluarga, Muhammad Shazani menerima penghargaan tersebut.

Anda boleh lihat video Tik Tok dihasilkan Muhammad Shazani di bawah: