Penyanyi, Syamel mendapat perhatian peminat selepas menyunting foto Ernie Zakri sebelum memuat naik di akaun Instagramnya.

Foto tersebut disunting Syamel kerana penampilan terkini Ernie yang mengenakan hijab berbanding sebelum imejnya yang terdahulu.

Lebih menarik lagi apabila Syamel memintan izin Ernie terlebih dahulu sebelum memuat naik foto yang disunting untuk menutup bahagian rambut penyanyi wanita berkenaan.

“Dah minta izin tuannya juga dan dia approve,” tulis Syamel diruangan komen.

Tiba2 teringat baju raya Bangmel dengan Kak Ninie tahun lepas . Style tudung diberi nama “TheCompangShawl” ?. Ada sesiapa yang simpan lagi tak ? Cuba tag bangmel dengan kakninie ❤️

A post shared by #WIRADIHATI (@syamel_official) on


Manakala Ernie menerusi akaun Instagramnya juga turut mengesahkan perkara itu.

“Bang Mel edit macam ni pun saya dah gembira sebab Bang Mel minta izin hihi,” tulisnya di posting terbaru.

Wow. Hijab fashion yang sooooo 2020! BangMel edit macam ni pun saya happy sebab BangMel minta izin hihi. Tak sangka last year ada buat baju raya. Siapa yang dah beli kami ucap terima kasih. Kak Ninie pun tak cuba lagi, muat lagi ke tidak eh?

A post shared by @ erniezakri on


Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata peminat memuji tindakan Syamel dan mendoakan jodoh mereka.

“Dah layak kahwin. Syamel bagus memelihara auray Ernie. Saya doakan yang baik-baik,” komen @faizsafzal

“Bagusnya Bang Mel. Kak Ernie untung tau. Tak semua ingat nak jaga aurat seseorang bila dalam gambar pun. Lagi-lagi bila baru nak mula langkah baru. Semoga dipermudahkan urusan Bang Mel dan Kak Ernie,” tulis @harithaoqal94

Terdahulu, pasangan ini mula mendapat perhatian menerusi lagu duet popular Aku Cinta dan Takkan Terlerai.