Isu mengenai bilik sewa kecil yang diwujudkan daripada pembahagian (partition) tambahan sudah lama dibincangkan dalam kalangan netizen.

Hal tersebut bukan sahaja dilihat tidak munasabah, malah mencerminkan keperibadian tamak tuan rumah yang mahu mengaut keuntungan.



Terbaharu, satu iklan bilik sewa di Ipoh, Perak viral di media sosial apabila sebuah ‘bilik’ yang hendak disewa kepada orang ramai merupakan bahagian dapur yang telah diubah suai.

Tidak hanya itu, katil untuk penghuni bilik berkenaan diletakkan betul-betul bersebelahan dengan singki.

Menerusi balasan netizen di platform X, rata-rata menyelar tindakan tuan rumah berkenaan yang dirasakan tidak masuk akal.



“Macam tempat mandi mayat.”

“Manusia ni kalau dalam toilet boleh masuk katil pun rasanya dia buat.”

“You know tempat mandi mayat? Tempat mandi mayat pun besar lagi.”

Sementara itu, tindakan menambah partition di bilik bagi membina bilik baharu adalah dilarang di Kuala Lumpur.

Menerusi pekeliling yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Bangunan Kuala Lumpur, sekatan dinding dalaman untuk dijadikan bilik dalam petak kediaman adalah tidak dibenarkan.

BACA: Kasih Iris Leona Kongsi Foto Bilik Asrama Di UK, Harga Sewa Cecah RM976 Seminggu!​