Hiburan

“Tuan Rumah Kasi Dress Code, Kita Ikut” - Awal Ashaari Jawab Isu Sambut Hari Krismas

gempak
Amri Hassan
28/12/2020
09:35 MYT
Sponsor Banner
“Tuan Rumah Kasi Dress Code, Kita Ikut” - Awal Ashaari Jawab Isu Sambut Hari Krismas
Kecoh di media sosial apabila pengacara Awal Ashaari memuat naik beberapa keping foto di Instagram bersama isteri, Scha Alyahya dan anak perempuannya, Lara Alana memakai topi Santa Claus sempena sambutan Hari Krismas baru-baru ini.
BACA: Foto Awal Ashaari & Keluarga Penuhi Undangan Krismas Jadi Perdebatan Netizen, Ini Penjelasan JAKIM
Bagaimanapun, jelas Awal foto terbabit dirakamkan ketika mereka sekeluarga berkunjung ke salah sebuah rumah kenalan anak mereka.
Kata Awal, mereka berpakaian sedemikian bagi menghormati jemputan tuan rumah.
"Ramai yang mahu mendapatkan komen daripada saya berhubung foto sambutan Hari Krismas yang duk viral sekarang.
"Jawapannya mudah. Lara bersekolah di sekolah antarabangsa dan ramai kenalannya bukan beragama Islam. Mereka menyambut Hari Krismas.
"Sebagai rakan, apabila ada sambutan mesti kita akan dijemput dan kita juga ingin menziarah. Tuan rumah kasi dress code, kita ikut untuk menghormati permintaan mereka," jelas Awal.
Memberikan contoh situasi sambutan Hari Raya Aidilfitri, situasi serupa berlaku apabila ada kenalan beragama lain datang menziarah kenalan beragama Islam.
"Sama macam Hari Raya, kawan-kawan Cina, India, Kristian akan datang beraya ke rumah kita memakai baju Melayu, baju kebaya dan ada memakai jubah.
"Mereka juga akan menjamu selera makan ketupat rendang yang mak kita masak sampai tak tidur makan tu.
"Dan orang Kristian pun menghormati agama kita. Mereka selalunya membeli makanan di restoran yang halal jadi kita rasa selesa. Mereka tak minum pun depan kita sebab hormat.
"Bila nak bergambar, mereka akan cari spot yang cantik, contohnya kat dinding yang kita duk gantung kad raya, gantung ketupat plastik dan gantung lampu kelip-kelip yang kita beli kat Jalan Tuanku Abdul Rahman.
"Mereka post di Instagram untuk ucap dan cakap terima kasih sebab jemput mereka.
"Bila mereka pulang, mereka masih lagi dalam agama asal mereka; Buddha, Hindu atau Kristian. Mereka tak automatik jadi Islam.
"Cuba terbalikkan situasi itu dan anda akan dapat jawapan saya," tambah Awal.
Terdahulu, perkongsian foto Awal di Instagram mengundang perdebatan netizen hingga dianggap tindakan terbabit tidak wajar dan bertentangan akidah.
Malah, pendakwah selebriti, PU Syed menyarankan keluarga terbabit memadamkan foto memakai topi Santa Claus dari Instagram mereka.
BACA: PU Syed Minta Awal Ashaari & Syed Saddiq Padam Gambar Pakai Topi Santa Claus
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024